Events By: SGMS Faida September 2, 2019 @ 4:49pm

Siapa Kat Sini Yang Suka Sangat Makan? Jom Ke Lokasi Ini!

Penggemar makanan berpeluang menikmati keenakan pelbagai jenis makanan di “Absolut Food Festival 2019 JB” di Pusat Membeli belah Angsana Johor Bahru bermula 6 sehingga 8 September ini.

Festival makanan ini merupakan acara kali kedua yang dianjurkan oleh pihak Absolut Event & Management selepas menganjurkan acara yang sama pada bulan April yang lalu di Shah Alam dan berjaya mendapat sambutan yang luar biasa sehingga mencecah lebih kurang seramai 250,000 pengunjung yang membanjiri acara tersebut.

Bagi penganjuran kali ini, “Absolut Food Festival 2019 Johor Bahru” mendapat perhatian dan sokongan daripada penaja utama acara iaitu syarikat pemaju hartanah Uda Property, merupakan salah satu syarikat gergasi yang tidak asing lagi di tanah air.


Lebih dari 150 jenis makanan termasuk makanan tempatan, makanan barat, seperti Ikan Bakar, Kambing golek, Bakso, pelbagai jenis biskut dan kek, pelbagai jenis air dan bermacam-macam lagi tersedia untuk dinikmati di “Absolut Food Festival 2019 JB” yang diadakan di sini sehingga Ahad ini bermula pada 10 pagisehingga 10 atau 11 malam.

Selain itu, jenama produk makanan yang kini menjadi tular dikalangan anak muda seperti Fam Fries, 3 Budak Gemok, Otak King, Ayo Fried Chicken, Nachoslah, dan tidak ketinggalan Absolut Chocolat adalah antara menu yang menjadi tumpuan ramai pada acara yang berlangsung selama tiga hari itu.


Ketua Pegawai Eksekutif Absolut Event & Management, En. Nurali bin Nadzwan berkata ianya adalah salah satu inisiatif syarikat bagi menggalakkan usahawan muda yang mempunyai perniagaan dan ingin mencari platform yang sesuai untuk mereka ketengahkan produk makanan mereka secara meluas dan lebih dekat dengan pelanggan.

Selain daripada itu, orang awam juga berpeluang untuk menikmati pelbagai jenis makanan dan minuman yang pelbagai dalam satu tempat yang sama sambil dapat melihat persembahan-persembahan yang akan di adakan di pentas utama termasuk “meet and greet” bersama selebriti Tanah air dan juga dari Singapura.

“Absolut Food Festival 2019 Johor Bahru” akan menonjolkan keunikan dan kepelbagaian menu hidangan makanan yang pasti akan membuatkan anda tertarik untuk mencuba dan membelinya.

Dengan bertemakan konsep “Retro” dekorasi yang unik jugaboleh menjadi ruang bergambar yang menarik sebagai kenangan,”

“Orang ramai dijemput hadir bagi memeriahkan festival ini,” katanya

Seramai lebih dari 170 usahawan dari Malaysia dan Singapura yang akan terlibat bagi acara ini dan ianya juga mendapat sambutan yang baik dari segi penyertaan vendor sama ada dari Malaysia atau pun Singapura

Acara ini turut mendapat kerjasama Uda Property selain UNITAR.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Events Fri, 11 Jan 2019

Rent a Boyfriend from Lazada this CNY to Shut those Nosy Aunties Up

Pick from hotties like Dennis Yin, Joseph Lee, Nigel Chin and more!

LIFESTYLE Mon, 28 Jan 2019
LIFESTYLE Sat, 7 Dec 2019

Kenapa Tutup Mata Ketika Bersin?

Rupanya ini adalah diantara sebab kenapa mata tertutup.

Events Wed, 12 Sep 2018
Events Fri, 24 Jun 2022

“Takkan Lupa Asal Usul” – Wings Bakal Adakan Konsert Tour Untuk Marhaen?

Wah! Mesti ramai sayap-sayap Wings yang tak sabar nak pergi konsert kan 😍

LIFESTYLE Sun, 26 May 2019

Sakit Kepala Antara Tanda Awal Strok

Jangan memandang ringan tentang ini dan menganggap sakit kepala adalah perkara biasa.

Events Fri, 10 Jun 2022
Events Thu, 17 May 2018

#RayaMacamVIP Bersama Tonton!

Tonton juga turut menyediakan program-program menarik sepanjang bulan ramadan iaitu  Ramadan Jangan Pergi, 7 Ramadan, Ramadan Terakhir, Hidayahmu Ramadan dan Ramadan Yang Hilang menerusi saluran khas drama di bulan Ramadan.

LIFESTYLE Tue, 4 Dec 2018

Nak Panjangkan Bulu Mata Atau Lentikkan, Jom Baca Ni.

Nak tampil lebih muda, lebih segar dan lebih vibrant apa kata cuba tips ini