Trending By: Asrul Haliff March 5, 2020 @ 2:00pm

[TERKINI] Sebenarnya Betul Ke Hand Sanitizer Boleh Bunuh Virus COVID-19?

Anti-bakteria vs anti-virus!

Sekarang ini dimana-mana sahaja kita pergi, mesti kita akan nampak sekurang-kurang satu botol hand sanitizer diletakkan atas kaunter atau meja untuk kegunaan orang ramai. Walaupun busuk (okaylah, ada hand sanitizer yang harum semerbak wangi di luar sana), tapi semua orang tahu yang hand sanitizer ini membantu untuk lindungi kita daripada virus jahat COVID-19!

Tapi betulkah informasi tersebut?

credit: theedgemarkets

Bukan sahaja face mask sekarang jadi out of stock di hampir semua farmasi di setiap pelusuk dunia, malah hand sanitizer juga menjadi mangsa kepada permintaan tinggi! Tetapi, komplikasi ini telah menyebabkan timbulnya satu persoalan baru-baru ini yang membincangkan sama ada mampukah hand sanitizer—yang diiklankan sebagai anti-bakteria—membunuh virus?

Jawapannya ada pada seorang pakar perubatan di University of Phoeninx, Kathleen Winston!

credit: time

Menurut beliau, terdapat banyak kajian telah dilakukan berkenaan ini dan menerusi dapatannya, hand sanitizer terbukti mampu membunuh sebahagian jumlah besar virus!

Dalam Journal of Infectious Disease, hand sanitizer sebenarnya mempunyai potensi yang sama kuat seperti pencuci tangan yang lain untuk membunuh virus. Ini disokong apabila kajian ini telah membuktikan bahawa hand sanitizer mampu membunuh sejenis coronavirus yang lain sebelum ini iaitu Middle East Respiratory Syndrome Coronavirus. 

▲ Middle East Respiratory Syndrome (MERS) juga dikenali sebagai “selsema unta”.

Tetapi walaupun hand sanitizer membantu dalam mencegah sebaran virus COVID-19, tidak dinafikan bahawa mencuci tangan menggunakan sabun dan air merupakah alternatif utama dalam memastikan kebersihan diri terjaga.

Dalam komuniti dimana individu perlu mengendali makanan, sukan, pekerjaan mahupun hobi luar, hand sanitizer sebenarnya tidak efektif. Ia boleh membunuh kuman, tapi ia bukanlah pengganti kepada sabun dan air” 

— Kathleen Winston, Ph.D., R.N., Dean Kejururawatan di University of Phoenix.

▲ Photo by Matthew Tkocz on Unsplash

Oleh itu, sekiranya anda tiada akses kepada air dan sabun, hand sanitizer berasaskan alkohol adalah rekomendasi yang terbaik! Pastikan hand sanitizer itu sekurang-kurang berasaskan 60% alkohol untuk proteksi yang optimum.

Jadi sebenarnya cuci tangan selama 20 saat pun sudah cukup memadai.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Trending Fri, 23 Apr 2021
Trending Sun, 21 Aug 2022

“Walaupun Kita Bukan Adik Beradik Kandung, Tapi…” – Air Mata Wan Sharmila Gugur Bila Jumpa Adik-Adik

Siapa yang tidak mengenali dengan pelakon Wan Sharmila yang masih masih kekal aktif dan tak putus-putus rezekinya dalam bidang lakonan. Terbaharu, Wan Sharmila atau lebih mesra disapa Lala itu ada memuat naik satu hantaran di […]

Trending Wed, 17 Oct 2018

Macam Tak Percaya, Siaran Youtube Down!

Youtube server down? Macam tak percaya je

Featured Thu, 23 Sep 2021