Filem By: Syafiqa Irdina December 10, 2019 @ 12:24pm

“Filem Teknologi Animasi Bertaraf Antarabangsa” – Tun Dr. Mahathir Puji Ejen Ali The Movie!

Perdana Menteri Malaysia, Tun Dr. Mahathir Mohamad semalam sempat meluangkan masa hampir dua jam untuk menonton filem animasi Ejen Ali The Movie di sebuah pawagam di ibu negara, malam tadi.

Tun Dr. Mahathir menonton filem kegemaran ramai itu sambil ditemani isterinya, Tun Dr Siti Hasmah Mohd Ali. Turut hadir sama, Ketua Pegawai Eksekutif Primeworks Studios, Datuk Ahmad Izham Omar serta Ketua Pegawai Eksekutif WAU Animation, Usamah Zaid Yasin.

 

Sumber: www.xtra.com.my

Tun Dr. Mahathir yang ditemui selepas sesi tayangan khas itu, menyifatkan penghasilan Ejen Ali The Movie seiring dengan perkembangan teknologi dunia, selain menegaskan Malaysia boleh berbangga dengan filem animasi berkenaan.

“Ejen Ali The Movie tidak seperti di Malaysia, nampak setaraf dengan teknologi dunia dan boleh berbangga kerana kita boleh keluarkan filem animasi berteknologi tinggi,” ujar Tun Dr. Mahathir.

 

Sumber: www.xtra.com.my

 

Sumber: www.xtra.com.my

 

“Saya juga berpendapat ramai bakat tempatan cekap dalam menghasilkan animasi yang bermula dengan lukisan. Ini tidak begitu mudah tetapi saya nampak kini semuanya lengkap dan boleh dikatakan dalam kelas antarabangsa,” kata Tun. Dr Mahathir malam tadi.

Ejen Ali The Movie kini mendominasi tempat pertama dalam carta filem pecah panggung GSC Top 10 Movies selama empat hari berturut-turut, selain menjadi pilihan utama dalam kalangan penggemar filem!

Sebelum ini, filem animasi selama 97 minit yang ditayangkan khas sempena musim cuti persekolahan di Malaysia ini telah mencatat kutipan melebihi RM 13 juta di Malaysia, Singapura dan Brunei sejak ditayangkan pada 28 November lalu.

Jadi, buat korang yang masih belum menonton Ejen Ali The Movie, cepat serbu pawagam berdekatan okay!

Untuk maklumat lanjut mengenai Ejen Ali The Movie, layari www.xtra.com.my/ejenali!

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Filem Thu, 7 Feb 2019

八度空间【年初三】新春节目时间表

八度空间2019己亥猪年【年初三】强档新春节目大放送!

Filem Sun, 25 Aug 2019

《SANGKAR》8月29日于各大戏院拉开帷幕!

马来西亚首部综合格斗武术(MMA)为题材的电影《SANGKAR》将于8月29日,各大戏院拉开帷幕!

Filem Thu, 29 Sep 2022
Filem Wed, 3 Jan 2018

奇幻钜制《妖猫传》111全马隆重上映

中国古装奇幻片《妖猫传》将于1月11日全马隆重上映,绚丽奢华的场景与特效必定让观众们在视觉上感受一场极乐之宴。

Filem Wed, 27 Jun 2018

洛基证实《复仇者3》真的OO!2年前被告知

《复仇者联盟3:无限之战》一开场就给观众巨大震撼,不少粉丝宁愿相信「洛基只是诈死」;不过「洛基」汤姆希德斯顿,近日证实真的「死透」,2年前就被告知这是角色最终结局。

Filem Fri, 13 Apr 2018

Donnie Yen Will Be Starring in Live Movie of Mulan!

Hong Kong’s top action star, Donnie Yen, is confirmed to be part of the cast.

Filem Mon, 30 Jul 2018

Filem Pulang : Masih Ada Yang Betul-Betul “Pulang” Dari Menontonnya!

Ribut badai, kapal karam, paus gergasi, Hong Kong zaman dahulu, digarap cantik!  Jangan tak tahu, ada penonton yang seolah-olah masih belum ‘pulang’ (move on) dari menonton filem Pulang! 

Filem Tue, 2 Jul 2019

《学霸》比赛不忘行善!参赛者将筹得善款全数捐出

《学霸》比赛不忘行善,参赛者叫卖自己亲手设计的食物和作品,将筹得善款全数捐出。

Filem Sat, 11 Jan 2020