Pasukan bola sepak U-22 Indonesia, melalui pegawai medianya, Gatot Widakdo didakwa mengkritik penyajian makanan yang disediakan di Sukan SEA 2019.

Gatot Widakdo telah mengajukan kritikannya itu dalam sebuah temu ramah yang dibuat kepada media tempatan.

Menurut Gatot, dengan tidak adanya label yang memisahkan makanan halal serta tidak halal membuatkan ada pemain bola sepak Indonesia secara tidak sengaja telah memakan daging babi.

“Sehingga kini, pihak penganjur masih lagi belum berjaya menangani masalah ini.

”Kami berharap agar mereka (penganjur) dapat mengatasi masalah ini serta boleh mengasingkan makanan halal dan tidak halal selepas ini,” katanya.

Kontinjen Singapura juga dilaporkan turut mengkritik perkara yang sama kepada penganjur.

“Kami menggesa pihak penganjur untuk segera menyelesaikan situasi yang kami hadapi ini,” tulis Juliana Seow.

“Kami telah berusaha sebaik mungkin untuk bersabar dan memahami situasi yang berlaku ini.

”Malahan, kami sehinggakan cuba untuk menyelesaikannya sendiri, situasi ini tidak boleh terus berlanjutan kerana ianya sedikit sebanyak bakal mempengaruhi segala persiapan yang dibuat oleh atlet kami,” tambahnya.

Sumber: Tribun/CNN Indonesia