Trending By: SGMS Enal December 30, 2019 @ 12:26pm

Bangunan Perkeso Kota Bharu Diserang ‘Pengamuk’

Lebih 250 petugas tiga jabatan kerajaan di bangunan Wisma Perkeso di sini bergegas meninggalkan tempat kerja masing-masing apabila perkhidmatan siar raya meminta mereka segera mengosongkan bangunan itu kerana ada ‘serangan oleh empat lelaki yang mengamuk’.

Para petugas lari bertempiaran ke medan meletak kereta ketika lima lelaki bersenjatakan kayu mengamuk di lobi Wisma Perkeso pada 10.15 pagi kerana tidak berpuas hati apabila tapak pembinaan tempat mereka bekerja ditutup oleh pihak Jabatan Keselamatan Kesihatan Pekerjaan  (JKKP).

Mereka menyerang kaunter JKKP dan mencederakan petugas dan orang awam. Ketangkasan pengawal keselamatan berjaya menahan tiga lelaki itu, manakala dua lagi naik ke tingkat dua bangunan sebelum ke tingkat lima dan  meneruskan amukan.

Bagaimanapun kedua-dua pekerja terbabit berjaya ditangkap setelah bergelut dengan angota polis yang menunggu di lobi dan perkarangan bangunan.

Perkarangan Wisma Perkeso yang sentiasa tenang, kecoh dengan bunyi hiruk pikuk siren polis dan ambulan yang bersiap sedia

Situasi cemas yang berlaku hampir satu jam itu  bagaimanapun adalah sebahagian daripada latihan  keselamatan oleh JKKP dengan kerjasama Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kota Bharu , RELA, Pasukan Tindakan Kecemasan JKKP  dan Hospital Raja Perempuan Zainab (HRPZ II).

Pengarah JKKP Kelantan Abdul Aziz Salim berkata latihan ini adalah  sebagai langkah berjaga-jaga menurut  seksyen ke 15 Akta Keselamatan dan Kesejahteraan Pekerjaan  di mana setiap majikan wajib memastikan tempat kerja mereka selamat dan bebas daripada ancaman keselamatan.

”Alhamdulillah kita berjaya mengosongkan Wisma Perkeso  dan menjalankan latihan mengikut SOP yang ditetapkan,” katanya kepada sumber selepas latihan itu.

Sementara itu kakitangan  yang ditemui menyatakan pada mulanya mereka cemas apabila mendengar pengumuman itu yang mengarahkan semua berkumpul di medan letak kereta.

Hirwan Saringat berkata  mereka pada mulanya tidak menyangka itu adalah latihan kerana terasa seperti ianya  benar-benar berlaku.

Beliau  mencadangkan agar latihan seperti itu diadakan selalu sebagai persediaan bagi semua kakitangan dalam menghadapi saat cemas.

Sumber : Bernama

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Hiburan Fri, 26 Jan 2024
Trending Tue, 24 Dec 2019

RM100,000 Could Be Fined If Caught Hawking Along The Traffic Lights, But This Shows How Bad Our Economy Is

If the root problem isn’t solved, treating its shoots won’t do the job.

Trending Mon, 8 May 2023

SK magic Perkenal Mesin Pencuci Pinggan Mangkuk Baharu!

Aktiviti kunjung mengunjung sudah menjadi tradisi turun temurun apabila tiba musim perayaan terutamanya Aidilfitri. Pelbagai topik bakal menjadi bualan seperti isu semasa yang menggamit keceriaan seisi rumah bersama tetamu sambil ditemani pelbagai hidangan juadah raya […]

Trending Thu, 7 Mar 2019

Takziah! Kisah Nur Aisyah Aleya Berakhir Dengan Kematian

Kanak-kanak perempuan berumur 3 tahun yang dilaporkan hilang sejak minggu lalu kini menemui pengakhiran apabila mayatnya ditemui dalam keadaan yang cukup menyayat hati.

Featured Thu, 16 Jun 2022

“Saya Rasa Saya Dengan Dia…”- Didakwa Jahanamkan Hidup Fizi Ali, Ini Respons Shakilla Khoriri

Selepas dikatakan ‘naik hantu’ dengan bekas isterinya, pelakon Shakilla Khoriri, penyampai radio Fizi Ali membuatkan netizen terus berteka-teki mengenai masalah yang dihadapi mereka. Membuat dakwaan terbabit di ruangan Instagram Story, Fizi berkata dia menghormati Shakilla […]

Trending Fri, 18 Mar 2022

Waktu Solat, Ketepatan Arah Kiblat, Banyaknya Fungsi Menarik… Aplikasi Waktu Solat Malaysia Wajib Ada Dalam Handphone Anda!

Aplikasi Waktu Solat Malaysia yang mempunyai 1.3 juta pengguna aktif dan lebih 6.6 juta kali muat turun kini boleh didapati menerusi Google Play & Apple Store. Aplikasi Waktu Solat Malaysia berfungsi sebagai peringatan waktu solat, […]