Trending By: SGMS Faida March 20, 2018 @ 6:03am

Lelaki Tembak MH17 Bunuh Diri?

Adakah ini satu kes bunuh diri ataupun sesuatu yang dah lama dirancang? Memetik laporan BBC News, juruterbang tentera Ukraine, Kapten Vladyslav Voloshyn yang didakwa Russia menembak jatuh pesawat MH17 pada 2014, dilaporkan membunuh diri.

Laporan media tempatan Ukraine yang memetik pihak polis memberitahu Voloshyn menembak diri di rumahnya di Mykolaiv, berhampiran Laut Hitam.

Voloshyn yang dianggap wira di Ukraine dilapor menyertai 33 misi ketenteraan menentang pemberontak di Timur Ukraine, selain turut menerima anugerah atas keberaniannya.

Baru-baru ini, juruterbang berusia 29 tahun itu meletak jawatan daripada tentera udara, ketika bertugas di lapangan terbang Mykolaiv.

Voloshyn sebelum ini menolak dakwaan Russia itu dan menuduh ia sebagai satu penipuan.

Penyiasat Belanda mendedahkan bahawa peluru berpandu BUK buatan Russia digunakan untuk menembak jatuh pesawat Boeing 777, sekali gus mengorbankan 298 penumpang dan anak kapal.

Sementara itu, polis Mykolaiv dalam satu kenyataan di Facebook, menyifatkan insiden itu sebagai kes bunuh diri tetapi menyiasat kemungkinan ia satu “pembunuhan dirancang”.

Sepucuk pistol milik tentera yang ditemui di lokasi kejadian turut disiasat pakar terbabit.

Dalam kejadian pada 17 Julai 2014 itu, pesawat MH17 ditembak di ruang udara Timur Ukraine ketika dalam perjalanan dari Amsterdam ke Kuala Lumpur.

Sumber: Agensi

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Featured Wed, 31 May 2023
#tilljannah Sat, 29 Oct 2022

“Dia Terima Aku Seadanya…” – Intan Saleh Syukur Dipertemukan Dengan Pasangan Baik

Sebelum ini, usahawan dan personaliti media sosial, Intan Saleh pernah berdepan dengan peristiwa hitam dalam hidupnya apabila perkahwinan terdahulu tidak kekal lama. Namun, setelah tiga tahun bergelar ibu tunggal, Intan berjumpa dengan pelengkap hidup baru […]

Trending Tue, 24 Nov 2020
Hiburan Thu, 22 Sep 2022
Selebriti Wed, 29 Nov 2023