Trending By: SGMS Faida May 3, 2018 @ 5:55am

Maut Ketika Tonton Filem Avengers: Infinity War

Demam filem adiwira paling popular ‘Avengers: Infinity War’, masih belum berakhir. Sana sini orang bercerita tentangnya!

Namun keterujaan seorang lelaki ketika menonton filem ini berakhir dengan tragedi apabila dia ditemui mati di tempat duduknya.

Menurut pegawai bertugas, lelaki berkenaan ditemui mati dengan mata terbuka. Dia dilaporkan tidak berganjak dari tempat duduk selepas filem yang berdurasi 2 jam 40 minit ini tamat.

Tambah pegawai polis Proddatur, India, mangsa yang dikenali sebagai Peddapasupula Baasha, 43, memutuskan untuk menonton filem garapan adik-beradik Russo itu sempena meraikan Hari Buruh pada 1 Mei lalu.

Hairan dengan keadaan itu, petugas bertindak menghampiri Baasha dan menanggalkan kacamata 3D yang dipakainya sebelum terkejut menemui mangsa yang tidak bergerak dengan mata terbuka.

Polis mengesahkan Baasha mati di tempat kejadian akibat akibat serangan jantung.

Mayat Baasha walau bagaimanapun telah dibawa ke hospital terdekat untuk pemeriksaan lanjut.

Sumber: The Times Of India

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Featured Sat, 22 Oct 2022
Featured Wed, 22 Jun 2022
Trending Sat, 3 Nov 2018

Bajet 2019: BR1M Ganti Sara Hidup 4.1 Juta Isi Rumah

Pembentangan bajet 2019 kali ini bertemakan ‘Malaysia Wibawa, Ekonomi Dinamik, Rakyat Sejahtera’ dilaksanakan bawah kerajaan Pakatan Harapan.

Trending Tue, 6 Jul 2021

Ini 4 Perkara Mengejutkan Mengenai Industri Perladangan Malaysia

Tahukah anda bahawa terdapat sejenis tanaman yang menyumbang sebanyak RM70 billion kepada negara, menjadi sumber rezeki kepada 650,000 keluarga peladang serta jutaan pekerja lain tetapi sering dilemparkan dengan pelbagai tuduhan tidak berasas dan menimbulkan salah […]

Featured Tue, 20 Sep 2022
Featured Wed, 2 Nov 2022
Trending Wed, 24 Jun 2020