Trending By: SGMS Enal December 29, 2019 @ 12:33pm

Remaja Malaysia Maut Terlanggar Tiang Ketika Bermain Papan Luncur Di Australia

Seorang rakyat Malaysia dilapor meninggal dunia dalam insiden tragis ketika bermain papan luncur di Townsville, Queensland, Australia, pada Sabtu.

Pihak polis Queensland memaklumkan remaja berusia 16 tahun itu terlanggar tiang ketika meneruni bukit semasa meluncur.

Pasukan perubatan tiba di lokasi kejadian kira-kira 2.30 petang waktu tempatan. Cubaan untuk menyelamatkan mangsa yang mengalami kecederaan serius sebelum dia disahkan meninggal dunia di tempat kejadian.

“Siasatan awal mendapati remaja lelaki itu menuruni bukit dan cuba memperlahankan papan luncurnya sebelum melanggar tiang.

“Beberapa orang cuba membantunya,” kata jurucakap polis dalam satu kenyataan.

Mangsa yang dikatakan sedang bercuti bersama keluarganya di Australia memakai topi keledar ketika insiden tersebut.

Mangsa turut dikatakan bermain papan luncur bersama rakan-rakannya.

Setakat ini pihak polis masih menyiasat punca kemalangan.

Sumber: news.com.au

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Featured Tue, 8 Nov 2022
Hiburan Thu, 30 Mar 2023
TECH Mon, 20 Feb 2023
Featured Thu, 28 Apr 2022

“Menuntut Ilmu Digalakkan Sehingga Ke Liang Lahad” – Siti Nurhaliza Ada Keinginan Untuk Sambung Belajar

Datuk Seri Siti Nurhaliza mempunyai keinginan sambung belajar jika masa dan komitmen mengizinkan.

Trending Sun, 9 Dec 2018

约会对象会让你变胖?研究:对方的长相影响食量

你常常在约会的时候不小心吃太多吗?

Cahaya Mata Wed, 25 Jan 2023

[VIDEO] Comelnya Gelagat Bilal Bertatih & Bermain Dengan Athisha Khan! – “Macam Anak Patung Berjalan”

Baru-baru ini, tular sebuah perkongsian yang dimuat naik oleh pempengaruh Athisha Khan yang memaparkan dia dan anak kepada kakaknya, Neelofa iaitu Bilal sedang bermain di luar kawasan perumahan. Menerusi hantaran tersebut, Bilal yang hampir berumur […]