Kejadian serta kes buli kini makin parah dan bagaikan tiada penghujungnya ekoran terdapat laporan serta maklumat berkaitan kes-kes berkenaan.

Isu ini bukan sahaja terdapat atau terjadi di Malaysia malah luar negara turut mengalami hal yang sama.

Kebiasaannya golongan-golongan yang lemah ini sering dibuli secara mental dan fizikal kerana dendam ataupun tanpa sebab.

Baru-baru ini, seorang remaja lelaki berusia 14 tahun dari Shanghai disahkan meninggal dunia selepas dia bertindak meminum racun seraangga kerana tidak tahan ejekan dari rakan-rakannya kerana dia berasal dari keluarga yang miskin.

 

Menurut Sohu, remaja lelaki itu pulang ke rumah seperti biasa pada 14 November. Namun, tidak seperti hari yang lain wajahnya kelihatan sugul dan muram semasa membuat kerja sekolah. Kemudian, bapanya menerima satu mesej daripada guru sekolah yang menyatakan prestasinya semakin merosot dan selalu buat hal di sekolah.

Bapanya cuba untuk mencari punca sebenar dengan dengan bercakap dan bertanya Shijie mengapa dia berkelakuan seperti itu di sekolah. Shijie cuba untuk menceritakan hal yang sebenar dengan menyatakan bahawa guru hanya memarahinya sahaja sedangkan kawan-kawan yang lain turut bermain sekali.

Tindakan guru tersebut membuatkan dia berasa terpinggir. Dia bertindak melarikan diri dari rumah dan ditemui dalam keadaan terbaring di sebelah botol racun yang sudah diminum. Dia kemudian dikejarkan ke  hospital dan mendapatkan rawatan kecemasan, malangnya dia disahkan meninggal akibat kegagalan sistem pernafasan.

Ibu bapa mendiang sudah lama bercerai. Dia tinggal bersama datuknya oleh kerana bapanya yang sering berulang-alik kerana kerja.

Kawan-kawan sering mentertawakan dia kerana selalu dijemput oleh datuknya dengan basikal buruk.

Bagaimanapun pihak sekolah menafikan kejadian buli ini dan enggan memberi komen. Pihak polis sedang menjalankan siasatan lanjut berhubung kes ini.

Sumber : Sohu