Events By: Salma Syahbuddin August 3, 2018 @ 3:37pm

Sales King TV Kini Di Wow Kan Oleh Ahli Running Man?

Rangkaian beli belah terbesar Malaysia, CJ WOW SHOP kali ini menyajikan penonton Malaysia dengan Sales King TV iaitu program hiburan aneka ragam serta jualan menerusi siaran langsung di kaca TV anda.

Dan apa yang menariknya ialah, program ini bakal disiarkan buat pertama kalinya dalam segmen-segmen CJ WOW SHOP dan akan memaparkan empat selebriti Korea yang pastinya ditunggu-tunggu oleh semua peminat-peminat mereka. Wakil Running Man seperti Ji Suk-Jin dan Yang Se-chan akan menghangatkan Sales King TV pada Sabtu ini! Make sure jangan ketinggalan okay!

 

Bukan itu sahaja, Sales King TV turut menampilkan dua lagi artis terkemuka Korea untuk sama-sama memeriahkan jualan di saluran CJ WOW SHOP seperti, JeA dari Kumpulan Brown Eyed Girls, serta Sung-Jong dari Kumpulan Kpop INFINITE. 

Selebriti Korea ini akan dibantu oleh pakar beli belah terbaik CJ WOW SHOP seperti Zaim Helmi, Jimmy Shanley, Lily Liyana, Fiza Saad, Shinkong, Kah Chee dan Pauline. Mereka akan bersama-sama berkongsi bagaimana cara menjual secara langsung di kaca TV. Dan, selain menampilkan idola Kpop korang ni, CJ WOW SHOP juga akan menawarkan pelbagai promosi eksklusif barangan bermutu tinggi seperti Dr Dental Care, Yufit V Care Lifting Mask dan makanan pilihan masyarakat Korea, Spicy Samyang! Daebak!

Menurut Ketua Pegawai Eksekutif  CJ WOW SHOP,  Kim Yang Hyun berkata, pihaknya akan sentiasa membawakan yang terbaik dalam memberi pengalaman beli-belah dan hiburan yang akan membuatkan rakyat Malaysia teruja untuk membeli barangan secara atas talian.

“Kami menggandakan komitmen ini menerusi Sales King TV demi menyuntik nafas baru dan memberi pengalaman jualan beli-belah di TV yang pastinya akan mengujakan semua penonton dan peminat. Dengan memanfaatkan kepopularan K-Pop buat kali pertama, Sales King TV akan meletakkan CJ WOW SHOP sebagai platform media sensasi. Kerjasama ini dilancarkan berikutan kejayaan besar kempen Wanna One kami. Kami berharap program ini akan memberikan inspirasi untuk menjalin lebih banyak gandingan sedemikian, di samping menjadikan Malaysia sebagai pasaran utama bagi pelbagai produk dari Korea.” Tambahnya

Jadi jangan lupa untuk menonton dan menyaksikan sendiri telatah idola K-Pop korang dalam CJ WOW SHOP di saluran TV9 dan 8TV atau boleh menonton siaran secara langsung menerusi LIVE TV kami di xtra.com.my pada Sabtu dan Ahad ini!

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Hiburan Thu, 23 Nov 2023
Hiburan Sun, 8 Apr 2018

Awas! Padam Nama Siti Nurhaliza Kalau Tak…

Saya menafikan sekeras-kerasnya berita itu (jika dirujuk pada saya) dan tidak pasti tujuan pihak yang menulis berita palsu itu.

Hiburan Tue, 24 Sep 2019

“IG I, Suka Hati I Lah!”. Siapa Buat Aishah Bengang?

Persembahan hebat dari penyanyi ‘legend’ Aishah sewaktu Anugerah Bintang Popular Berita Harian 32 (ABPBH 32) baru-baru ini mendapat pujian kerana masih ‘berbisa’.  Aishah atau nama penuhnya, Wan Aishah  Wan Ariffin (54) menyanyikan dua buah lagu, […]

Hiburan Sat, 3 Nov 2018

Psst…Corat Coret ASK 2018

Korang perasan tak bila…

Featured Fri, 29 Sep 2023
Hiburan Sat, 13 Jul 2019
Hiburan Mon, 4 Jun 2018

Siti Nurhaliza Bukan Pilih Kasih!

Memilih Khai Bahar sebagai rakan duet kerana merasakan suara penyanyi lagu Bayang itu paling bersesuaian untuk menyanyikan lagu berentak zikir. 

Hiburan Sun, 11 Aug 2019

肥妈笑话「攞命」三位亚洲天后让安哥安娣也疯狂!

叶丽仪、陈洁灵及玛俐亚三大亚洲天后聚在一起「豪唱、豪情、豪笑」让台下安娣安哥级的观众嗨翻天,还抛开年龄的包袱忘我地跳舞!