LIFESTYLE By: SGMS Faida October 4, 2018 @ 2:45pm

Ismail, Fatimah Pilihan Nama Paling Popular Di Malaysia

Memang benar nama adalah doa tetapi kalau panjang dan susah dieja, pening juga kan? Namun, terpulang pada kehendak masing-masing. Tepuk dada, tanyalah selera. 

Semalam, Ketua Pengarah Jabatan Pendaftaran Negara (JPN), Datuk Mohammad Razin Abdullah mengumumkan nama yang paling panjang tercatat untuk tahun lalu iaitu Princess Aura Nurr Ermily Amara Auliya Bidadari Nawal El Zendra Mohd Sufian.

Mohammad Razin berkata bagi nama lelaki yang paling popular didaftarkan oleh JPN pula ialah Ismail iaitu sebanyak 72,157 orang dan diikuti oleh Abdullah (47,989).

“Nama wanita yang popular pula ialah Fatimah sebanyak 74,605 orang, diikuti Zainab (41,450) dan Azizah (34,114).

“Untuk makluman, di Malaysia hanya terdapat seorang pemilik nama Mohd Azis Jamman iaitu milik Timbalan Menteri Dalam Negeri,” ujarnya.

Pada 2014, nama terpanjang yang pernah didaftarkan di Malaysia ialah Nur Fathaniah Tariyah Karimah Farwizah Zahabiyah Syahirah binti Airol Anizam.

Difahamkan, nama terpanjang pada 2014 adalah antara maklumat menarik yang pernah dikendalikan JPN sejak beroperasi pada 1948.

Sementara itu dalam perkembangan lain, Mohammad Razin berkata, sehingga 30 Jun lalu jumlah pemegang MyKad di seluruh negara adalah seramai 22,664,777 orang.

Katanya, daripada jumlah itu, sebanyak 19,322,409 pemegang sudah menukar MyKad struktur baharu, manakala 3,247,589 pemegang masih belum menukarnya.

“Sebanyak 81,250 pemegang masih memegang kad pengenalan bermutu tinggi (KPT) dan 13,525 masih memegang kad pengenalan pertama (KPP).

“Sehubungan itu, JPN meminta supaya pemegang MyKad yang masih belum menukar MyKad struktur baharu, pemegang KPT dan pemegang KPP untuk menukar kad .pengenalan mereka di mana urusan ini boleh dilaksanakan di kaunter JPN seluruh negara,” katanya. – BH Online.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Featured Fri, 2 Dec 2022

Mengaku Kerap Terkucil, Kriteria Pemilihan Lagu Jadi Keutamaan… Ikut Kemampuan Vokal Nabila Razali

Penyanyi terkenal, Nabila Razali lebih teliti dalam memilih sebuah lagu untuk dinyanyikan selepas acap kali ‘terkucil’ sewaktu melakukan persembahan. Ketika ditemui oleh XTRA, Nabila menceritakan pemilihan lagu menjadi keutamaan kerana ingin selari dengan kemampuan vokal […]

LIFESTYLE Tue, 18 Jun 2019

Here’s the Perfect Itinerary for a 3D2N Trip to Langkawi

Look no further, there’s all the info and planning you need.

Featured Fri, 20 May 2022
LIFESTYLE Thu, 16 Aug 2018

事业、感情渐平稳?最近在哪方面会有亮眼表现

平凡的生活也需要增添色彩,如果你也好奇接下来的生活,那就和奥斯一起来看看,最近你将在哪方面耀眼夺目吧!

Featured Mon, 10 Jan 2022

Omicron Petanda Covid-19 Bakal Berakhir Ramal Pakar

Varian terbaru Covid-19, Omicron mungkin menjadi petunjuk pandemik Covid-19 yang telah melanda dunia selama lebih dua tahun akan berakhir dalam tahun ini kata seorang pakar pernafasan di Hospital Vichaiyut Bangkok, Thailand. The Nation Thailand melaporkan, […]