FESYEN By: Ad Ops April 19, 2018 @ 4:42am

4 Lifehack Tampil Berseri Dengan Pemilihan Warna Baju Yang Tepat!

Tahukah anda? Bahawa warna atau rona baju mampu menyebabkan anda kelihatan lebih cerah atau lebih gelap daripada kulit asal anda? Maka, anda harus bijak memilih warna baju yang bersesuaian dengan tona kulit. Selain itu, pemilihan warna baju yang salah juga akan membuatkan wajah anda lebih kusam dan yang lagi teruk, gigi juga boleh kelihatan lebih kuning! Like seriously!

Maka, di sini, kami nak kongsikan 4 lifehack yang anda boleh cuba agar anda akan tampil lebih menawan dan sekaligus mampu membangkitkan aura yang lebih positif. Semoga dengan perkongsian ini, anda tak pening dah nak pilih warna pakaian yang sesuai.

 

1. Kulit Gelap 

Bagi gadis yang berkulit gelap, korang jangan takut untuk memilih warna pakaian. Dan janganlah asyik pakai warna yang sama sahaja. Untuk tampil lebih seksi dan gorgeous, anda perlu memilih pakaian yang berwarna tanah dan juga warna premier seperti hitam, putih, biru lembut, merah, pink, kuning atau lemon untuk kelihatan lebih cerah. Bagi dont’s pula, elakkan warna baju yang terlalu kontra dengan warna kulit seperti warna turquoise, hijau daun, kuning lembut, rose dan pastel lembut.

 

 

2. Kulit Sawo Matang

Kebanyakan gadis Asia memiliki kulit jenis Sawo Matang. Maka, korang sangat disarankan agar memilih pakaian yang berwarna ungu, maroon, dan silver! Untuk yang berkulit agak coklat, gabungan warna terang dan gelap akan membawa imej mewah. Maka, do’s pemilihan warna untuk kelihatan lebih menonjol adalah seperti warna burgundy, beige dan navy sangat sesuai untuk anda. Pasti vass gitu! Untuk dont’s pula, jangan sesekali memakai warna hijau lumut, hijau zaitun dan coklat gelap kerana warna ini akan membuatkan kulit anda kelihatan lebih kusam. No! No! No!

 

3. Kulit Putih

Umumnya, memiliki kulit putih akan memudahkan anda memilih warna pakaian. Kebanyakan warna pasti ngam saja dengan kulit jenis ini kan? Namun, anda kena tahu sekiranya mengenakan warna pakaian lembut seperti pastel ianya boleh menyebabkan anda terlebih elegan dan over! Untuk do’s, kenakan pakaian yang berwarna terang dan bercorak batik untuk membuatkan anda lebih menarik dan rileks. Namun untuk dont’s, elakkan warna purple lilac.

 

4. Kulit Kuning Langsat

Warna-warna tropis seperti hijau, merah dan biru akan menyebabkan anda lebih menarik dan menyerlah. Korang pasti akan selesa mengenakan warna-warna sebegini. Di samping itu, warna jingga dan kuning akan membuatkan anda lebih fashionable!

 

Jadi, itulah 4 lifehack yang boleh anda practice untuk tampil lebih cantik dan bergaya. Semoga bermanfaat ya!

Ditulis oleh: Nur Nasuha

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Hiburan Wed, 22 Jan 2020

Baru Bernikah, Sasha Saidin Dah Dituduh Perampas

Apa-apa pun dah selamat pun bernikah…doakan lah kebahagiaan mereka ye?

Hiburan Sat, 14 Jan 2023
Hiburan Sat, 8 Dec 2018

Rakam Semula Lagu Popular SLAM, Zamani Bakal Duet Dengan Penyanyi BBNU

Semua masih dalam perancangan. Antara penyanyi meningkat naik yang disebutkan adalah Haqiem Rusli dan Khai Bahar.

Featured Wed, 10 Jan 2024
Featured Sat, 14 Jan 2023

Album Dayang Nurfaizah ‘Belagu II’ Bakal Dilancarkan 27 Januari

Penyanyi terkenal, Dayang Nurfaizah sudah bersedia untuk melancarkan album studio ke-10 iaitu Belagu II. Merupakan album sekuel kepada album Belagu yang dilancarkan pada tahun 2021 yang mana album tersebut menerima pelbagai reaksi positif malah diangkat sebagai penerima […]

Featured Tue, 17 Jan 2023
Hiburan Mon, 24 Dec 2018

Niat Tawan Pasaran Muzik Tempatan, Chaleeda Sanggup Belajar Cakap Melayu

Single Bestfriend antara buah tangan daripada penyanyi jelita ini. Korang dah dengar ke belum?

Featured Sat, 16 Oct 2021