Perlu tahu, Paraben merupakan bahan kimia yang digunakan sebagai perawet di dalam bahan kosmetik seperti shampoo, losyen kecantikan kulit dan ubat gigi. Tujuan paraben digunakan ialah untuk mengawal pembiakan bakteria dan fungus di dalam produk kosmetik. 

Konsultant O&G Prof Dr Imelda Balchin menerangkan penggunaan paraben turut berkait rapat dengan dengan masalah kesuburan lelaki. 

Kajian terbaru telah mula menunjukkan kaitannya paraben dengan masalah kemandulan lelaki. Di dalam kajian ini, 315 lelaki yang datang ke klinik beliau untuk menyelidik masalah kesuburan mereka bersetuju membuat ujian air kencing untuk mengesahkan kandungan paraben di dalam air kencing. 

Keputusannya menunjukkan bila kandungan paraben di dalam air kencing menjadi semakin tinggi, hormon testerone di dalam darah menjadi semakin rendah, pergerakan sperma semakin berkurangan dan terdapat lebih sperma yang berbentuk ganjil dan luar biasa.

“ Bila membeli barang kosmetik atau pemakanan, lihat secara terperinci bahan-bahannya. Jika ada perkataan paraben, eloklah dielakkan dan cari produk yang lain, terutamanya bagi pasangan yang ada masalah kesuburan,” katanya. 

 

Sumber: Facebook Prof Dr Imelda Balchin