TECH By: SGMS Putri December 19, 2017 @ 3:45am

Celcom Dan Uber Berkerjasama Naik Taraf Pengalaman Digital

Celcom Axiata Berhad hari ini mengumumkan kerjasama yang dijalinkan dengan perkhidmatan pengangkutan digital, Uber Malaysia. Kerjasama ini akan memberikan pelbagai faedah kepada pengguna Celcom yang turut melanggan Uber dalam masa beberapa bulan akan datang. 

Penumpang Uber yang juga pengguna pascabayar dan prabayar Celcom bakal dapat menikmati : 

● Menaiki Uber secara percuma atau dengan kadar diskaun sebagai sebahagian daripada program kesetiaan mereka. 

● Menaiki Uber secara percuma ke KLIA atau KLIA2 dengan melanggani pakej perayauan antarabangsa Celcom Passport 

Sebagai ganjaran kepada para pemandu Uber yang setia, Celcom akan menawarkan mereka dengan pelbagai pilihan peranti yang terkini, sesuai dipadankan dengan rangkaian Lightning Fast LTE Celcom serta digabungkan bersama pelan Celcom FIRSTTM serta pelbagai faedah tambahan. Antaranya ialah tiada caj ke atas kuota internet bagi penggunaan aplikasi Uber. 

Zalman Aefendy Zainal Abidin, Ketua Pegawai Pemasaran, Celcom Axiata Berhad berkata Celcom akan terus dinamik bersama rakan strategik seperti Uber dan terus memenuhi keperluan digital pelangan dengan pelbagai faedah yang baru dan inovatif. 

“Kerjasama dengan Uber ini membolehkan Celcom menyediakan pengalaman digital yang hebat kepada pelanggan dalam menjalankan urusan seharian di samping memberikan mereka pelbagai ganjaran hebat,” kata beliau lagi. 

Karina Ali Noor, Pengurus Besar Pengembangan, Uber Malaysia pula berkata, “Kami begitu teruja untuk bekerjasama dengan Celcom. Kami amat berharap kerjasama ini bakal menjadi salah satu cara untuk Uber terus memberikan kejutan dan menggembirakan para penumpang dan pemandu dengan pelbagai ganjaran dan pengalaman yang menceriakan mereka, hanya dengan menekan satu butang sahaja.”

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

TECH Sat, 25 May 2019

Apple iOS 12.3.1 sedia untuk dikemaskini

Apple telah melepaskan kemas kini terbaru bagi peranti iOS ia adalah bagi membaiki isu yang menghalang pengguna daripada membuat atau menerima panggilan.

LIFESTYLE Sat, 21 Dec 2019
TECH Sat, 17 Mar 2018

Tips Menyelesaikan Isu “No Network” dan “Searching” untuk iPhone 6

Tips kali ini dikongsikan kepada mereka yang mempunya peranti iPhone 6.

TECH Fri, 27 Jul 2018

Jepun Perkenal Sistem Bagi Elakkan Pekerja Tidur Semasa Bekerja

Jepun memang terkenal dengan kemajuan teknologi yang dihasilkan dan digunakan di negara mereka. Walaubagaimanapun, mereka juga muncul sebagai negara yang mempunyai pekerja yang paling kurang waktu rehat di dunia. Menurut kajian, purata pekerja di negara […]

TECH Mon, 1 Apr 2019

AirPower掰掰!苹果证实:取消无线充电板上市计划

2017年发表一次帮iPhone、Apple Watch、AirPods三款装置充电的无线充电板AirPower,延迟上市两年多后,官方证实取消上市计划。

TECH Fri, 30 Aug 2019

Engineered for the Future, Lenovo™ ThinkPad™ Laptops are Smarter and Better!

New ThinkPad X1 Carbon 7th Gen, joined by X1 Yoga™ 4th Gen, X390 and T490 get smarter via 10th Gen Intel® Core™ Processors

Events Wed, 25 Sep 2019
TECH Mon, 24 Sep 2018

Kenali Jenis-Jenis Kabel USB Yang Selalu Kita Guna

Ingin mengetahui jenis-jenis kabel?Kami mempunyai maklumat tentang jenis-jenisnya.

Events Sat, 16 Nov 2019

JOOX Coins Redemption Center Perkenal Keahlian Percuma, Nikmati Tawaran Hebat!

Adakah anda peminat K-Pop? Inilah berita baik untuk anda!

TECH Tue, 21 Aug 2018

Cara Mengesan lokasi Peranti Yang hilang Menggunakan SMS

Sedang cuba mengesan telefon pintar anda?Cubalah cara ini!