TECH By: Rosli Ab Rahman January 5, 2019 @ 2:56pm

Apa Langkah Google Untuk Memastikan Keselamatan Aplikasi Di Android?

Keselamatan peranti sebenarnya bermula dari diri sendiri. Jangan klik pautan yang tak diketahui keselamatannya, jangan muat turun dari sumber yang meragukan, dan dapatkan aplikasi dari tempat yang dijamin selamat seperti Google Playstore.

Benarkah Google Playstore selamat? Google telah menetapkan beberapa langkah untuk menjamin hanya aplikasi yang selamat digunakan, tersenarai di dalam Google Playstore. Malah, di dalam Android sendiri terdapat satu fungsi keselamatan yang dinamakan ‘Verify Apps‘.

 

 

Verify Apps merupakan satu langkah keselamatan di dalam Android, bagi memeriksa pemasangan aplikasi baru di dalam peranti untuk mengesan sebarang aktiviti yang berpotensi membawa bahaya. Ini kerana pengguna memuat turun aplikasi bukan sahaja dari Google Playstore, kerana Android boleh memasang aplikasi semudah memuat turun fail pemasangan APK dari mana-mana sumber yang tidak diketahui.

Bagaimana Google mengesahkan aplikasi di Google Playstore selamat? Salah satu darinya adalah dengan mengesan peranti yang Mati atau Tidak Selamat (Dead or Insecure – DOI). Sesebuah peranti akan ditanda DOI jika ia tidak lagi membuat pengesahan Verify Apps dengan Google. Ini biasa terjadi apabila sebuah aplikasi yang baru dipasang, mematikan fungsi Verify Apps. Dalam kata lain, aplikasi ini biasanya berbahaya.

Pemeriksaan keselamatan Google aplikasi di Android

Apabila terlalu banyak peranti ditanda DOI, Google akan memeriksa aplikasi apa yang dipasang sebelum ia berhenti menghantar semakan Verify Apps. Jika terlalu banyak aplikasi yang sama dikesan, bermakna ia adalah aplikasi yang merbahaya kerana cuba mengelak dari pengesahan.

Verify Apps dan semakan DOI, adalah salah satu dari langkah keselamatan yang dibuat Google, untuk memastikan persekitaran yang terjamin. Walaubagaimanapun, ia tidak dapat menghalang jika pengguna sendiri mengambil keputusan memasang aplikasi merbahaya dari sumber yang diragui.

Ingat, amalkan penggunaan internet yang sihat untuk keselamatan diri anda.

 

Sumber : TheSkop

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

TECH Mon, 8 Jan 2018

Tips Sekat Laman Sesawang lucah pada Peranti Pintar Anak – Anak

Risau anak-anak melayari laman sesawang lucah tanpa pengetahuan anda? Inilah dilema yang selalu dihadapi oleh ibubapa sementelah membenarkan anak-anak menggunakan peranti pintar.

TECH Wed, 2 Jan 2019

Bagaimana Mencantikkan Paparan Bar Navigasi Android

inilah cara untuk mencantikkan lagi navigation anda

TECH Mon, 12 Feb 2018

AWAS! BILA ‘CEDUK’ DARI INSTAGRAM!

Beberapa pengguna sekarang sudah mula menerima  kemaskini pemberitahun aplikasi berkenaan. Sesiapa yang sudah update bermakna setiap screenshot yang dibuat dapat dilihat oleh pengguna asalnya.

TECH Mon, 19 Nov 2018

Google Maps客服功能全球上线!搜完店家位置能直接私讯沟通

Google Maps让全球用户都能搜寻、储存想去的地方,而今正式向上线企业讯息客服功能,让在地图上搜寻某店家的用户,可以直接与他们传讯息沟通。

Automobile Thu, 12 Jul 2018

为什么欧系车后座脚下有Hump,日系车却没有?

许多轿车后座中央位置的脚下,都会有一个凸起的Hump,而这个凸起的部分也让后座中间乘客岔开大腿才能坐好,相当尴尬;不过日系车款却大多是平坦的。这究竟是为什么呢?

TECH Sat, 1 Dec 2018

Mahukan Fungsi Ubahsuai Bokeh Seperti iPhone XS Max

Jika anda mempunyai Iphone 7,8 dan X, anda boleh mencuba cara ini.

Automobile Mon, 6 Aug 2018

驾驶小知识:如何正确手握方向盘?

如果说轮胎是汽车与地面接触的唯一媒介体,那方向盘(Steering Wheel)可算是唯一和掌控汽车的驾驶者接触的媒介体了。

TECH Tue, 5 Nov 2019

Cas Telefon Guna Kabel Balut ‘Tape’, Gadis Maut Direnjat Elektrik

Awas ye jangan Cas Telefon Guna Kabel Balut ‘Tape’

Automobile Thu, 25 Apr 2019
TECH Fri, 26 Jul 2019

Ini Cara Padamkan “Watch History” !!!

Untuk pengetahuan anda, YouTube menyimpan senarai video yang telah ditonton dan ini cara untuk memadamkannya.