TECH By: SGMS Putri March 31, 2018 @ 8:40am

Cara Kembalikan Butang ‘View Image’ Pada Carian Gambar Google

Mencari gambar menggunakan Google Image adalah perkara yang biasa kita lakukan tiap kali ingin mencari sesuatu gambar di laman internet.

Sebelum ini, terdapat satu butang khas dinamakan ‘View Image’ di Google Images untuk membolehkan pengguna melihat imej yang dikehendaki sahaja tanpa masuk ke laman sesawang asal imej tersebut. Namun, butang itu terpaksa dikeluarkan oleh pihak Google atas dasar perjanjian mereka bersama pembekal stok imej, Getty.

Perkara ini nampak seakan tidak penting, tetapi ia sebenarnya memberi kesan yang agak besar kepada pengguna. Ini kerana sesetengah pengguna perlu melihat imej secara jelas sebelum menggunakan atau menyimpan imej berkenaan. Dan tanpa butang ‘View Image’ itu, mereka terpaksa untuk klik pada butang ‘Visit’ dan masuk dahulu ke laman sesawang asal imej berkenaan untuk melihat imej tersebut pada saiz penuh.

Kini anda tidak perlu risau lagi. Kami akan tunjukkan cara untuk kembalikan butang View Image tersebut kepada anda. Caranya mudah sahaja. Anda cuma perlu memasang satu extension di Google Chrome yang dinamakan sempena butang tersebut, iaitu View Image. Extension ini telah dibangunkankan oleh Joshua B dan ia adalah percuma.

Selepas selesai muat turun dan pasang extension ini, anda akan mendapati bahawa butang View Image ini akan kembali muncul pada carian imej anda. Dengan adanya butang ini, anda akan dapat melihat imej yang diingini terus melalui laman Google Images tanpa perlu masuk ke mana-mana laman sesawang.

Semoga perkongsian kali ini berguna untuk anda semua!

 

Kredit: wiser.my

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Automobile Thu, 25 Apr 2019
Automobile Tue, 22 May 2018

Rancang Beli Kereta Raya? Sekarang Mungkin Waktu Terbaik

Semua pelanggan akan ditawarkan pilihan antara rebat tunai segera atau baucar servis yang mempunyai nilai bersamaan kepada perbezaan antara harga kereta semasa dan akan datang, berkuat kuasa Jun.

TECH Thu, 29 Nov 2018

Now You Can Purchase Houses Online?!

It’s as easy as ABC…

TECH Sat, 29 Dec 2018

Cara Menyembunyikan “Last Seen” Akaun Instagram

Dengan cara ini mudah kita sembunyikan aktiviti kita kepada orang lain

TECH Tue, 12 Nov 2019

Bagaimana Microsoft Jepun Naikkan Produktiviti Syarikat?

Nak tahu best ke tak cuba praktik Kerja Empat Hari Tapi Bayar Gaji Lima Hari

TECH Fri, 25 May 2018

9 Cara Untuk Tambah Storage iPhone Anda Secara Percuma

iPhone anda tu hanya ada storan 16GB saja! Macam mana nak tambah storage dengan percuma ,jom baca tips ini

TECH Sat, 13 Apr 2019

Cara Mengubah Saiz & Format Video

Pernahkah anda rasa fail gambar anda terlalu besar? Anda perlu ketahui cara-cara mengecilkan saiznya.

TECH Mon, 23 Jul 2018

TM Dan TNB Batal Kerjasama Sediakan Jalur Lebar Berkelajuan Tinggi

Telekom Malaysia bersama Tenaga Nasional Berhad telah menjalin kerjasama menyediakan jalur lebar berkelajuan tinggi melalui Pelan Fiber Seluruh Negara. Perjanjian persefahaman itu telah ditandatangani pada awal Januari yang lalu namun dilaporkan ia telah dibatalkan dua […]

TECH Thu, 18 Jul 2019

Langkah Alternatif Pengganti Tombol Bunyi Pada Android

Kepada anda yang memiliki peranti Android yang rosak tombol bunyi, berikut kami kongsikan alternatif kepada masalah tersebut.

TECH Sun, 8 Sep 2019

Jika Telefon Pintar Terkena Air Ini Yang ‘Jangan Dilakukan”

Pernah terfikir telefon pintar anda bakal jatuh ke dalam air?