TECH By: SGMS Enal May 19, 2019 @ 1:00pm

Kelangkapan Asus ZenFone 6!

Menambah satu lagi peranti dengan mekanisme kamera hadapan yang unik, ASUS ZenFone 6 kini rasmi dilancarkan.

Seperti kebanyakkan peranti flagship 2019 lain, ZenFone 6 tampil dengan cip Snapdragon 855, RAM 6GB/64GB, RAM 6GB/128GB dan RAM 8GB/256GB yang juga diberikan sokongan kad mikroSD dengan satu slot khas. Bagi kad SIM pula, ia disediakan dengan dua slot SIM nano.

Menariknya lagi, ASUS membekalkan peranti ini dengan bateri berkapasiti 5000mAh yang akan diisi dengan pengecasan pantas 18W melalui port USB-C.

Keunikan peranti ini terselah pada bahagian kameranya dimana ia dilengkapid dengan dwi lensa flip yang berfungsi untuk rakaman hadapan serta belakang.

Lensa utama menggunakan 48MP (Sony IMX586) sementara 13MP sebagai rakaman ultra lebar. Pengimbas cap jari diletakkan pada bahagian belakang berada dibawah tetapan kamera tersebut.

Sebelah hadapan dilengkapi dengan skrin paparan IPS LCD 6.4 inci dan dilindungi dengan Corning Gorilla Glass 6. Panel belakangnya diperbuat daripada kaca sementara mengelilingi dibahagian tengah adalah aluminium siri-6000. Ia akan menjalankan sistem antaramuka ZenUI 6 berasaskan Android 9 Pie serta dijanjikan dengan naik taraf kepada Android Q kelak.

Asus ZenFone 6 dilancarkan untuk pasaran Eropah terlebih dahulu pada tanda harga €499 (~RM2328), €559 (~RM2608) dan €599 (~RM2794) mengikut variasi storan yang ditawarkan.

Ketika ini, kita masih belum mengetahui sama ada ia akan dibawa masuk ke pasaran tempatan ataupun tidak.

 

By Helmi Samsuri

Sumber wiser.my

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

TECH Sun, 10 Jun 2018

Jadikan Whatsapp Anda Sebagai Carian Wikipedia

Berikut kami kongsikan salah satu fungsi yang mana anda boleh jadikan Whatsapp sebagai ejen carian maklumat Wiki.

TECH Tue, 27 Aug 2019

Menulis Mesej Tanpa Perlu Menaip Dengan WhatsApp

kita hanya perlu bersuara dan suara kita akan ditukarkan kepada tulisan, bestnya!

Automobile Thu, 12 Jul 2018

为什么欧系车后座脚下有Hump,日系车却没有?

许多轿车后座中央位置的脚下,都会有一个凸起的Hump,而这个凸起的部分也让后座中间乘客岔开大腿才能坐好,相当尴尬;不过日系车款却大多是平坦的。这究竟是为什么呢?

TECH Wed, 7 Feb 2018

AIR ASIA LAUNCHES FACIAL RECOGNITION SYSTEM TO SPEED UP CHECK-IN

Check out the new system and learn on how to use it when it reaches airports near you.

TECH Thu, 29 Aug 2019

全球最小且方便易用的3LCD雷射投影机

爱普生推出全球最小3LCD雅致雷射投影机,势必改变家庭影院的面貌!

TECH Wed, 16 May 2018

Harga Langganan Untuk Khidmat Storan Google Kini Lebih Berpatutan

Google One yang terbaru dan terkini dari Google , apa yang menarik tentang Google One kenalah baca

TECH Fri, 6 Jul 2018

Cristiano Ronaldo Bakal Mempunyai Rancangan Realiti Sendiri Di Facebook

Demam Piala Dunia masih lagi menghantui peminat bola sepak di seluruh dunia ketika ini. Beberapa kejutan telah berlaku apabila terdapat beberapa pasukan pilihan yang tersingkir awal termasuklah pasukan yang diwakili oleh bintang Real Madrid, Cristiano […]

TECH Wed, 27 Jun 2018

macOS Mojave Versi Beta Awam Kini Sedia Untuk Dimuat Turun

Apple telah memperkenalkan macOS versi baharu iaitu macOS Mojave sewaktu Apple Worldwide Developers Conference 2018 yang lalu. Hari ini, macOS Mojave versi beta awam sudah dikeluarkan. Sistem baharu ini akan memberi kelainan kepada pengguna Apple […]

TECH Fri, 26 Oct 2018

Guna Telegram, Ini Cara Mudah Muat Turun Video Youtube Pada iPhone

Cara mudah untuk muat turun video daripada Youtube pada iPhone menggunakan aplikasi Telegram.

TECH Thu, 1 Feb 2018

GET YOUR LAST-MINUTE CNY SHOPPING DONE AT CJ WOW SHOP

Chinese New Year is just around corner and there’s lots more to buy before the holidays come around. Do some last-minute shopping on CJ WOW Shop from the comfort of your own home.