TECH By: SGMS Enal December 30, 2019 @ 12:23pm

KKM Arah Henti Jualan Peranti ‘Headphone’ Kurang Kadar Gula

Kementerian Kesihatan (KKM) hari ini mengarahkan pihak syarikat yang mengedar peranti ‘headphone’ yang didakwa boleh mengurangkan dan mengawal kadar gula dalam darah supaya menghentikan penjualan dan pengedaran peranti itu serta merta.

Ketua Pengarahnya Datuk Dr Noor Hisham Abdullah berkata tahap keselamatan dan keberkesanan peranti berkenaan tidak dapat disahkan kerana semakan oleh Pihak Berkuasa Peranti Perubatan (PBPP) mendapati ia tidak berdaftar di bawah Akta Peranti Perubatan 2012 (Akta 737).

Sehubungan itu, beliau berkata penjualan dan pengedaran peranti itu perlu dihentikan serta merta sehingga ia diluluskan di bawah Seksyen 5 Akta 737 dan syarikat memperolehi lesen establismen yang sah di bawah Seksyen 15 akta yang sama.

“Berdasarkan keperluan perundangan, sesuatu peranti perubatan yang hendak diimport, dieksport dan diletakkan dalam pasaran, hendaklah terlebih dahulu didaftarkan di bawah Seksyen 5 Akta 737.

”Dalam proses pendaftarannya tahap keselamatan serta keberkesanannya akan dinilai serta disahkan. Sebarang tuntutan perubatan yang dibuat hendaklah disokong dengan bukti-bukti saintifik dan klinikal selain peranti tersebut hendaklah memenuhi prinsip-prinsip keselamatan dan keberkesanan,” kata  dalam kenyataan hari ini.

Ia sebagai maklum balas terhadap artikel bertajuk “Headphone bantu kurangkan kadar gula pesakit diabetes” yang dilaporkan dalam sebuah portal  bertarikh 20 Dis lepas sehingga menimbulkan pelbagai reaksi orang awam yang menzahirkan kebimbangan terhadap keselamatan dan keberkesanan peranti itu.

Dr Noor Hisham berkata penjualan dan pengedaran peranti perubatan yang tidak berdaftar atau tanpa lesen establismen yang sah merupakan satu kesalahan dan jika disabitkan boleh dikenakan denda tidak melebihi RM200,000 atau penjara tidak melebihi tiga tahun atau kedua-duanya.

Pada masa yang sama, katanya sebarang bentuk tuntutan perubatan berkaitan sesuatu peranti perubatan yang disiarkan bagi tujuan pengiklanan hendaklah mematuhi keperluan iklan yang digariskan mengikut Seksyen 44 Akta yang sama dan Peraturan (Iklan) Peranti Perubatan 2019.

Menurutnya, mana-mana orang yang membuat dakwaan yang mengelirukan atau palsu tentang sesuatu peranti perubatan di dalam iklan merupakan kesalahan dan jika disabitkan, boleh dikenakan denda tidak melebihi RM300,000 atau penjara tidak melebihi tiga tahun atau kedua-duanyai.

Orang awam terutama pesakit yang sedang menerima rawatan perubatan bagi penyakit kronik disaran supaya mendapatkan nasihat daripada ahli profesional kesihatan berdaftar sebelum menggunakan mana-mana peranti selain menyemak status pendaftarannya dengan melayari portal rasmi PBPP https://portal.mda.gov.my/.

Sumber : Bernama

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

TECH Sun, 31 Mar 2019

‘Clone’kan Telefon Pintar Anda

Jika anda ingin meng’clone’kan telefon pintar anda,ketahui cara ‘clone’kan telefon pintar anda disini.

TECH Fri, 14 Dec 2018
TECH Sun, 26 Jan 2020

Cara Semak CTOS Secara Dalam Talian

CTOS and CCRIS dua yang berlainan ye

Automobile Mon, 21 May 2018

Datuk Dahlan Zainuddin Terkejut Terima Cek Bernilai RM100,000

Jumlah ini adalah hasil sumbangan peribadi individu bernama Aryan Farhan, orang perseorangan dan sebuah syarikat sebagai tanda penghargaan buat Dahlan yang mengabdikan diri dalam bidang seni sejak 1975.

TECH Fri, 18 May 2018

Gmail for iOs Kini Menerima Ciri Bayaran Google Pay

Google Pay yang membolehkan korang ‘membayar sesiapa saja menggunakan alamat emel’

TECH Mon, 19 Mar 2018

Gambar Blur? Jom Baca Bagaimana Cara Memulihkan Gambar Blur

Pasti anda susah hati kalau gambar yang diambil dengan secara tak sengaja menjadi blur.

TECH Mon, 5 Mar 2018

Cara Mudah Kongsi Fail Daripada Android Ke PC

Ramai yang tidak tahu betapa mudahnya untuk berkongsi fail daripada android ke PC. Tips kali ini kami akan berkongsi bagaimana anda boleh menghubung perantiAndroid terus ke PC secara “Wireless”. Kaedah ini bukan sahaja untuk berkongsi fail […]

TECH Tue, 13 Nov 2018

Tips Memilih Portable Hard Disk yang Tahan Lasak, Berkualiti dan Menjimatkan Wang Anda

Penggunaan ‘hard disk’ amat terkenal pada abad ini. Banyak perkara yang perlu anda ketahui jika anda ingin membeli ‘hard disk’.

TECH Wed, 25 Jul 2018

Tips Jimat Ruang Pada Gajet

Cara-cara untuk menjimatkan ruang pada smartphone atau gadget anda.

TECH Mon, 25 Jun 2018

Kongsi WiFi iPhone Tanpa Mendedahkan Kata Laluannya

Perkara ini sudah biasa kepada pengguna Android, namun kepada pengguna iPhone dengan iOS 11 dan terkini ianya mungkin jarang diketahui. Berikut kami kongsikan cara untuk anda kongsikan sambungan WiFi menggunakan peranti Apple tanpa memerlukan kata laluan. Caranya […]