TECH By: Rosli Ab Rahman December 25, 2018 @ 11:54am

Lelaki Tipu IPhone Dan Macbook Dicuri Untuk Tuntut Wang Insuran

Pernah dengar cerita orang menipu kemalangan atau kematian untuk menuntut wang insuran? Perkara ini turut berlaku di mana gajet seperti telefon pintar dan laptop dilaporkan dicuri, dan ia terjadi sendiri di Malaysia.

Polis di Seberang Perai berjaya membongkar penipuan seorang lelaki yang menipu syarikat insuran untuk mendapatkan wang menerusi tuntutan palsu insuran. Beliau telah melakukan penipuan beberapa kali sebelum ini, tetapi telah gagal nampaknya dalam percubaan terbarunya.

Lelaki tersebut yang berusia 34-tahun, bekerja sebagai pengurus pemasaran di sebuah syarikat di Bukit Mertajam, Pulau Pinang. Beliau baru-baru ini melaporkan gajet miliknya iaitu iPhone XS Max, iPad Pro dan Macbook Pro telah dicuri oleh dua orang yang menunggang motorsikal, di rumah ibu mertuanya.

Polis kemudian berasa curiga terhadap laporan beliau, selepas menemui rekod di mana beliau telah membuat laporan kecurian yang hampir sama sebelum ini. Seawal tahun 2013.

 

 

Macbook Pro yang ditemui di rumah ibu mertua saspek (Gambar oleh Polis dari NST)

Selepas soal siasat, beliau akhirnya mengaku telah menjual produk Apple beliau yang telah ‘dicuri’ di forum lowyat.net dan kemudiannya melaporkan ia telah dicuri untuk membuat tuntutan insuran. Selepas itu, beliau menggunakan wang insuran tersebut untuk membeli iPhone baru.

Polis kemudian membuat carian dan menemui Macbook Pro beliau yang telah dilaporkan dicuri, di rumah ibu mertua beliau. Macbook pro yang telah ‘dicuri’ itu dijual pada harga RM6,000 manakala iPhone pula dijual RM5,000.

 

Sumber: SoyaCincau.com.my

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

TECH Thu, 4 Jan 2018

Tips Memadam Gambar Yang Tidak Diingini (Junk File) Pada Whatsapp

Mematikan proses “Auto Download” berkemungkinan akan menyebabkan anda terlepas informasi terkini daripada ahli – ahli yang lain pada kumpulan Whatsapp.

TECH Sun, 9 Jun 2019

Inilah Cara Memasang Android P Beta

Kalau belum install atau ada Android P Beta boleh ikuti langkah mudah ini

TECH Sun, 18 Aug 2019

Tingkatkan Kualiti Bunyi Pada Android, Cuba Cara Ini

Bunyi tak berapa kuat pada peranti anda?

TECH Mon, 24 Jun 2019

「有了这个行李箱」就可以带着衣柜去旅行了

出门旅行最头疼的是小小的行李箱,无法满足美美的衣服的存储空间,而且一不小心好看的衣服好要被弄得皱皱巴巴的……

TECH Fri, 20 Jul 2018

Google Fuchsia Dijangka Akan Menggantikan Android Seawal Tahun 2021

Pada musim panas 2016, Google telah mengesahkan bahawa mereka sedang berusaha dalam membangunkan sebuah sistem operasi(OS) baru bagi menggantikan sistem Android. Projek tersebut telah digelar sebagai Project Fuchsia. Selepas daripada pengumuman itu, Google jarang sekali untuk […]

TECH Wed, 4 Apr 2018

Cara Mengecilkan Saiz Fail PDF

Format PDF merupakan salah satu jenis fail yang paling banyak digunakan sama ada pada dokumen jenis teks mahupun gambar.

TECH Sun, 19 May 2019

Kelangkapan Asus ZenFone 6!

Asus Zenfone 6 dilengkapi dengan skrin paparan IPS LCD 6.4 inci dan dilindungi dengan Corning Gorilla Glass 6. Panel belakangnya diperbuat daripada kaca sementara mengelilingi dibahagian tengah adalah aluminium siri-6000. Ia akan menjalankan sistem antaramuka ZenUI 6 berasaskan Android 9 Pie serta dijanjikan dengan naik taraf kepada Android Q kelak.

Automobile Wed, 21 Feb 2018

轮胎沟槽卡到小石头需要清理吗?

相信有开车的网友们,每次在路经碎石的路段后,时不时会出现小石头卡到轮胎沟槽内的现象,问题来了到底需要清理吗?会对行车安全造成影响吗?

TECH Sat, 23 Nov 2019

Waze Papar Harga Tol Yang Perlu Dibayar Sepanjang Perjalanan

Jom tengok apa yang baru di applikasi Waze

TECH Wed, 27 Mar 2019

Estranged and unifi Team Up to Showcase Brand New Pre-5G Wireless Technology

unifi is bringing in a brand new level of technology into Malaysia.