Automobile By: Salma Syahbuddin February 7, 2020 @ 11:32pm

Selangkah Lebih Maju Dengan HUAWEI Mate 30 Pro 5G, Milikinya Dengan Tawaran Harga Terendah Bermula HARI INI!

Dengan kemunculan dan rangkaian 5G menerusi siaran langsung dan keupayaan telefon pintarnya,  korang kini tidak perlu risau lagi dengan kelajuan yang dimiliki HUAWEI Mate30 Pro 5G yang kini melonjak ke 1.8Gbps! 

Korang boleh muat turun Vlogs, menonton siaran secara LIVE dan muat turun drama kegemaran korang tidak kira dimana jua dengan kelajuan sepantas kilat!

Korang juga boleh dapatkan telefon pintar ini hanya dengan kadar terendah di Celcom Easy Phone dengan tawaran RM99 sebulan. Manakala, Digi turut memperkenalkan plan Phone Freedom 365 bermula RM68 sebulan buat pelanggannya.

Bukan itu sahaja, Maxis Zerolution turut mengambil peluang ini untuk memberikan kadar plan terendah iaitu bermula dari RM99 sebulan. Dan yang paling syok, Umobile memberikan tawaran istimewa dengan harga RM1,599 sahaja. Fuyoo!

HUAWEI Mate30 Pro 5G yang berharga RM4,199 kini boleh didapati di kedai-kedai rasmi HUAWEI. Pada masa yang sama, HUAWEI telah bekerjasam dengan syarikat telekomunikasi gergasi tempatan seperti Celcom, Digi, Maxis, dan Umobile dengan memperkenalkan pakej istimewa ini. So, apa tunggu lagi!  

Opps! Korang yang masih tak tahu apa agaknya kelebihan telefon ni, jom kita semak kelebihan yang dimiliki oleh HUAWEI Mate30 Pro 5G!

  1. Kelajuan terpantas  dengan teknologi HUAWEI Mate30 Pro 5G 

 

Dengan HUAWEI Mate30 Pro 5G rangkaian ini boleh mencapai sehingga 1.8 mbps yang kini merupakan rangkaian kelajuan terpantas di Malaysia.

Malah, HUAWEI Mate30 Pro 5G juga menggunakan reka bentuk antena pemandangan penuh. Dengan 21 antena dalam fiuslaj ini termasuklah  14 antena  5G  untuk mencapai prestasi terkemuka dan memastikan sambungan berkelajuan tinggi ini stabil serta lebih 50 peratus lebih cepat, dan tidak menggunakan kuasa yang banyak.

Jadi, korang pastinya takde masalah untuk layari laman web kegemaran korang lagi!

  1. HUAWEI Mate30 Pro 5G – Hanya dengan satu kunci, korang mampu terokai pengalaman 5G yang menakjubkan!

Sumber : Goggle

Hanya 47 negara di dunia telah mengkomersialkan penggunaan 5G dan kebanyakan rangkaian 5G negara disediakan oleh HUAWEI, termasuklah China, UK, Jerman, Itali  dan Dubai.

Yang lagi hebat, korang boleh menikmati sambungan rangkaian 5G  yang lebih stabil, cepat dan pastinya menyeronokkan! 

  1. HUAWEI Mate30 Pro 5G – Telefon pintar pertama mendapat sijil SIRIM di Malaysia

 

Satu-satunya jenama terkemuka dunia yang mendapat sijil SIRIM di Malaysia. Jadi dengan pengenalan telefon pintar 5G ini, ianya sekaligus menjadikan HUAWEI pilihan rakyat Malaysia!

  1. Dilengkapi dengan Chipset Kirin 990 5G SoC

Cip Kirin 990 5G yang digunakan dalam HUAWEI Mate30 Pro 5G adalah yang pertama di dunia dengan SoC utamanya serta baseband 5G  bersepadu. 

Dengan kombinasi proses 7nm + EUV, Kirin 990 5G bukan sahaja dapat menyokong rangkaian dua modul iaitu  SA/ NSA 5G. Malah ianya memastikan kestabilan penghantaran 5G  dengan penggunaan kuasa yang rendah. 

Pada masa yang sama, teras 5G bersepadu berbanding dengan penyelesaian baseband 5G luaran yang nyata menjimatkan kos, ruang malah, meningkatkan kecekapan penggunanya.

  1. HUAWEI Mate30 Pro 5G – Telefon pintar yang dapat memberi respon sepenuhnya kepada rangkaian yang berbeza

Sumber : Google

Sejauh manakah peningkatan rangkaian 5G ini akan berubah pada masa akan datang? Senang je, HUAWEI Mate30 Pro 5G dapat beralih dengan lancar iaitu dengan membawa penggunanya pengalaman 5G dengan jalur lebar yang besar, berkelajuan tinggi dan latensi yang rendah. So, korang jangan bimbang okay!

Paling syok, apabila melancong ke luar negara, korang boleh membeli kad sim 4G dan nikmati kelajuan rangkaian 4G yang lebih pantas hanya dengan peranti 5G dari HUAWEI!

  1. HUAWEI Mate30 Pro 5G – Permainan game korang lebih lancar dan stabil

Jika korang peminat tegar permainan video, perkara paling spoiled sekali mesti sebab game loading dan slow kan? Jangan risau, dengan HUAWEI Mate30 Pro 5G, korang boleh bermain dengan rangkaian yang lebih cepat dan stabil dengan latency yang rendah tau!

Dan, yang lagi hebat keupayaan 5G SoCal  Kirin 990  membolehkan korang menikmati permaina internet dengan lebih lancar tanpa sebarang gangguan. 

Bukan itu sahaja, seni bina GPU MC16 Kirin 990 SoC mampu memberikan kesan grafik yang lebih baik serata pengalaman permainan yang menakjubkan. Canggih kan?!

  1. Reka bentuk yang unik, sesuai dengan pengalaman 5G yang menakjubkan!

 

Kenapa ia menakjubkan? Kerana, HUAWEI Mate30  Pro 5G ini mempunyai skrin ultra lengkung yang sama untuk pengalaman tontonan yang menakjubkan.

Kaca yang dikelilingi dengan ultra lengkung 88 darjah ini sekaligus memberikan sentuhan semulajadi di tangan anda.

Opss! Beli HUAWEI Mate 30 Pro 5G dan nikmati hadiah eksklusif bernilai RM537 termasuk pengecas tanpa wayar HUAWEI di dalam kereta dan HUAWEI turut menyediakan tambahan selama satu tahun jaminan.

Untuk maklumat lanjut, korang boleh layari laman web HUAWEI ini HUAWEI Online Store

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Hiburan Sat, 27 Oct 2018

Niena Baharun Kini Bergelar Ibu… Tahniah!

Niena memilih untuk bersalin menerusi kaedah pembedahan kerana menyedarinya dirinya seorang yang penakut.

Hiburan Wed, 13 Nov 2019

Filem WIRA Penutup Filem Aksi Terbaik Tahun 2019!

Sejauh manakah kebenaran filem WIRA merupakan filem terbaik 2019?

Hiburan Tue, 2 Apr 2019
Featured Tue, 3 Jan 2023
Featured Mon, 15 May 2023
TECH Wed, 11 Jul 2018

Antutu Senaraikan 10 Telefon Pintar Yang Paling Digemari Untuk Jun 2018

Selepas hadir dengan senarai 10 Telefon Pintar Terbaik Jun 2018, Antutu sekali lagi berkongsi maklumat mengenai 10 telefon pintar yang paling digemari untuk bulan terbabit. Model tersenarai merupakan peranti Android yang mendapat penilaian tertinggi dari pengguna aplikasi Antutu […]

Hiburan Sat, 10 Aug 2019

Intan Najuwa Serik Dengan Lelaki Gila Duit?

Intan Najuwa tekad menjadi pembantu rumah untuk menyiasat calon suaminya!

Featured Sat, 17 Sep 2022

Enggan Bertemu Media, Tak Mahu Wajah Dirakam… Mia Sara Pilih Kunci Mulut

Mungkin Mia perlukan masa untuk bertenang 🤷‍♀️

Featured Thu, 14 Apr 2022