TECH By: SGMS Fas February 27, 2018 @ 12:45pm

Cipta Emoji Sendiri Melalui Telefon Pintar

Setiap kali memperkenalkan peranti terbaharunya, Samsung sering melakukannya secara besar-besaran di luar Negara.

Jika tahun lalu, kota New York menjadi saksi pelancaran Samsung Galaxy S8 dan S8+, tahun ini pula Barcelona menjadi pilihan bagi pelancaran Samsung S9 dan S9+, waima berlangsungnya ‘Mobile World Congress’ di sana.

Pun begitu, khabarnya Malaysia antara Negara terawal yang akan menerima kehadiran dua peranti terbaharu berkenaan. Maklumlah kan Malaysia antara 10 negara tertinggi dalam pemilikan telefon pintar.

“Kami mahu Malaysia kekal sebagai negara yang peka gajet dan Samsung Galaxy S9 dan Galaxy S9+ menjadi produk paling sesuai,” kata Presiden Samsung Malaysia Electronics, Yoonsoo Kim seperti dilaporkan Harian Metro.

Hadir dengan skrin berukuran 5.8 inci (S9) dan 6.2 inci bagi model S9+, anda boleh memilih daripada tiga warna iaitu hitam, biru dan ungu dengan storan 64GB hingga 256GB.

Keistimewaanya, peranti kali ini dilengkapi dengan emoji AR yang lebih realistik  sehingga pengguna boleh mencipta emoji dengan wajah sendiri. Selain itu, ia dibekalkan dengan sistem audio lebih kuat tanpa pembesar suara tambahan.

Seperti telefon pintar lainnya, sistem kamera antara paling penting dicari pengguna dan untuk S9 dan S9+ ia dilengkapi sistem yang mampu membezakan antara terang atau gelap. Bagus juga tu, tak perlu nak ubah apertur sebab bila berada dalam keadaan gelap ia akan secara otomatik merubah aperture dari  f2.4 kepada f1.5.

Peranti terbaharu daripada Samsung ini khabarnya bakal berada di pasaran tempatan bermula 16 Mac depan namun pra tempahan akan mula di buka esok (1 Mac).

Tak sabar nak tunggu pelancarannya di Malaysia pula! Ada ke?

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Events Sat, 26 Jan 2019

Syamel Tak Pernah Mengecewakan?

Tak sia-sia Syamel kurus!

Hiburan Mon, 20 May 2019

Demi Anak, Sharnaaz Ahmad ‘Berkampung’ Di Hospital

Semoga cepat sembuh Jebat Jayden…

Hiburan Thu, 20 Jun 2019

OMG! K-pop Biggest Boy Band Is Coming To Malaysia And We Have ALL The Details

Guys, don’t miss out the chance to see Monsta X on 22nd June!

Fab Foodies! Sat, 9 Jun 2018

Penangan Drama Nur, Sup Bunjut Mula Popular

Lepasni jangan pula korang keliru pula bila nampak sup bunjut dalam masakan, jangan ingat ‘barang’ untuk menyihir pula ya…

Acara Tue, 7 Mar 2023
Hiburan Mon, 9 Sep 2019

Uqasha, Rashidi Ada Apa-Apa ke?

Untungnya Uqasha..kiri kanan orang nak!

Featured Fri, 17 Sep 2021

Status Rayuan BPR Boleh Disemak Bermula Esok -Tengku Zafrul

Korang boleh check akaun masing-masing!