TECH By: SGMS Enal January 1, 2020 @ 12:11pm

Guna Teknologi Pengimbasan Wajah Rekod Kehadiran Murid

Sekolah Kebangsaan (SK) Taman Perling, di sini menempa sejarah sebagai sekolah pertama di negara ini menggunakan teknologi pengimbas muka bagi merekodkan kedatangan murid.

Lebih menarik apabila kemudahan canggih itu hanya mengambil masa kira-kira dua saat bagi mengimbas wajah murid sebelum maklumat peribadi seperti nama penuh, nombor murid dan rjah mereka disimpan terus dalam pangkalan data sekolah.

Guru Besar SK Taman Perling, Zamri Abd Wahab, berkata seramai 1,034 murid membabitkan 937 murid aliran perdana, 47 murid Pendidikan Khas dan 50 murid pra-sekolah menggunakan teknologi imbasan wajah untuk mencatat kehadiran mereka bermula hari ini.

Katanya, sebanyak dua unit pengimbas muka diletakkan di dewan untuk merekod kehadiran murid bagi dua sesi persekolahan, manakala sebuah lagi mesin itu ditempatkan di pejabat sekolah untuk mencatat kedatangan 76 guru dan 12 kakitangan sekolah.

“Ini bagi memudahkan guru merekodkan kedatangan murid, malah tidak perlu lagi menggunakan kaedah manual, sekali gus membantu mengurangkan beban kerja guru.

“Ia sudah boleh digunakan tetapi memerlukan sedikit masa bagi mendaftarkan semua maklumat murid termasuk nama penuh, umur dan darjah mereka ke dalam sistem yang akan dilakukan secara berperingkat minggu ini.

“Semua data kehadiran murid akan disimpan dalam sistem berkenaan sebelum disalin dan dipindah ke pangkalan maklumat Kementerian Pendidikan melalui Aplikasi Pangkalan Data Murid (APDM),” katanya ketika ditemui selepas perhimpunan pertama sekolah berkenaan, di sini hari ini.

Sementara itu, Naib Yang Dipertua Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) SK Taman Perling, Datuk Suhaila Ahmad, berkata kemudahan itu disumbangkan secara percuma oleh Myra Hub Foundation untuk sekolah berkenaan bagi kemudahan murid dan guru.

Katanya, SK Taman Perling 1 menjadi sekolah pertama di negara ini yang mencatat kehadiran murid menggunakan teknologi pengimbas muka berbanding teknologi kod QR yang dilaksanakan institusi pengajian tinggi negara dengan meluas.

“Kos pemasangan, perisian dan penyelenggaraan yang berjumlah lebih RM50,000 semuanya dibiayai Myra Hub Foundation menerusi teknologi pengimbas wajah dibangunkan RN Technologies Sdn Bhd.

“Pada pagi ini, kita mengambil masa 10 saat untuk memasukkan data nombor murid dan mengimbas anak mata murid bagi disimpan di dalam sistem. Selepas semua data murid disimpan, proses mengimbas wajah hanya akan mengambil masa dua saat bagi setiap murid.

“Sistem ini akan mengenal pasti 30 titik sudut mata murid, guru dan kakitangan sekolah dalam proses mengimbas wajah sebelum data kehadiran mereka disimpan, ” katanya.

Bagi murid Tahun 6 Bijak SK Taman Perling, R Kivesha, berkata dia bersama rakannya begitu teruja menggunakan teknologi pengimbas wajah berkenaan buat pertama kali.

“Saya selalu hanya lihat di televisyen mengenai teknologi pengimbas wajah ini namun tidak sangka boleh merasai pengalaman itu di sekolah,“ katanya.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

TECH Fri, 12 Jan 2018

Atasi Masalah PC Windows selalu “Restart”

Masalah “Restart” yang kerap dialami oleh pengguna Windows, apa kata cuba tips ini

TECH Sun, 22 Jul 2018

Tips Cara Buat Kod QR Sendiri

Di zaman sekarang, kemana-mana kita pergi, pasti kita akan melihat kod QR terutamanya di kaunter-kaunter pembayaran.

TECH Tue, 8 May 2018

有了这种纸质电子书材料「会动的报纸」不再是梦!

还记得哈利波特里面那份配图会动的《预言家日报》吗?现在它们可能要成真了。

TECH Sun, 28 Oct 2018

Cara Mengatasi (Remove) Virus Shortcut Pada Komputer dan Pen Drive Anda Kurang 5 Minit

Adakah pendrive anda dijangkiti oleh ‘virus shortcut’?Kami ada jalan penyelesaiannya.

TECH Mon, 16 Sep 2019
TECH Sun, 24 Jun 2018

Cara Untuk Menyelesaikan Masalah Matematik & Algebra

Jika anda seorang pelajar dan ingin mengetahui cara menyelesaikan soalan matematik,anda boleh cuba laman sesawang ini.

Automobile Tue, 26 Jun 2018

露营车大到可以「停超跑」!移动式豪宅颠覆你想像

对很多人来说,拥有一栋房子已经算是完成人生中最大的梦想了,但你有想过拥有了一台「移动式豪宅」,根本就是想都不敢想的奢侈幻想吧?

TECH Wed, 24 Oct 2018

回归初衷!脸书Messenger全面改版

社群媒体巨擘脸书(Facebook)今天宣布:旗下聊天软体Messenger手机App全面改版,大幅简化页面设计,希望让全球每月13亿用户使用起来更简洁有力。

Hiburan Mon, 13 May 2019

1000 Pembeli Terawal Vivo V15 Bakal Dapat Baucar SimplySiti

Vivo Malaysia berharap dengan kerjasama ini dapat memenuhi permintaan pengguna telefon pintar di Malaysia

TECH Thu, 21 Jun 2018

Boleh tonton TV, Youtube Bakal Tergugat Dengan Instagram?

IGTV umpama televisyen. Video akan dimainkan secara automatik apabila anda membuka aplikasi berkenaan, selain setiap rakan atau profil yang anda ikuti adalah seumpama saluran televisyen.