TECH By: SGMS Enal May 16, 2018 @ 9:49am

Harga Langganan Untuk Khidmat Storan Google Kini Lebih Berpatutan

Terbaru, Google kini menurunkan harga bayaran untuk pelan storan Drive. Dalam masa sama juga, Google memperkenalkan produk storan baru yang bakal memeningkan kepala kita. Ucapkan hello kepada Google One.Google One.

Kini, Google Drive mampu menyimpan data anda dari akaun Google, Photos, Gmail dan semua akaun yang anda ada dengan storan 15GB secara percuma. Tetapi jika anda mahu lebih, kenalah bayar! Pelan Google Drive buat masa sekarang seperti berikut:

  • 100GB: $1.99/sebulan
  • 1 TB: $9.99/sebulan
  • 10 TB: $99.99/sebulan
  • 20 TB: $199.99/sebulan
  • 30 TB: $299.99/sebulan

Kini, semua pelan storan berbayar yang ada dihimpunkan di bawah produk baharu ‘Google One’ dengan harga lebih berpatutan. Pilihan pelan popular $9.99, memberikan anda simpanan sehingga 2 TB.

Sementara itu, Google turut menambah pelan $2.99 yang memberikan anda simpanan sehingga 200 GB yang mana bakal menjadi kegemaran untuk mereka yang sentiasa kekurangan ruang simpanan tetapi tidak mahu membelanjakan wang sehingga $120 setahun.

Pelan baru ini memberikan pengguna lebih banyak pilihan untuk setiap tawaran yang dipilih, tapi anda juga bakal menerima banyak manfaat untuk wang yang dibelanjakan.

Syarikat itu berkata Google One akan memberikan anda ‘one-tap access’ untuk semua servis khidmat pelanggan dari mendapatkan tawaran penginapan hinggalah pengurusan kredit di Google Pay. Anda juga boleh berkongsi pelan sehingga 5 ahli keluarga! Bestnya!

Di tulis oleh SGMS Epul

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Hiburan Fri, 17 May 2019

‘Kalau Boleh Nak Yang ‘Evergreen’- Kaka Pening Pilih Nama Anak

Saya sudah membuat imbasan jantina kandungan cuma buat masa ini hanya ibu mertua sahaja yang tahu jantina bakal anak.

Featured Fri, 14 Apr 2023
Events Thu, 24 Jan 2019

Hilton Malaysia Launches Sale on Wedding Packages!

It’s a good year to get married.

Events Tue, 14 Aug 2018

Dikritik Netizen, Nabila Huda Balas Balik!

Tidak berdiam diri, Abil lantang bersuara membidas komen-komen netizen

Hiburan Tue, 22 May 2018

Asmidar Tukar Angin?

Dalam beliau berlawak, tegasnya tetap ada. Rakan- rakan lain dalam produksi ini juga amat membantu dan menyokong saya, bila tak betul mereka tegur dan bantu.

Featured Tue, 6 Jun 2023