Membaca berita yang disiarkan NST ini, sudah tentu menggembirakan setiap pemilik kenderaan bermotor di pagi hari ini.
Ya! Harga minyak turun lagi!
Berkuatkuasa pada malam tadi (22 Februari 2018) harga bagi satu liter petrol RON95 adalah RM2.17 (turun 6 sen dari RM2.23) manakala RON97 berharga RM2.43 satu liter (turun 7 sen dari RM2.50).
Sementara itu, harga diesel juga turun 6 sen dari RM2.19 menjadikannya RM2.13 satu liter.
Harga mingguan ini berkuatkuasa dari 22 Februari sehingga 28 Februari 2018.