Influencers dilihat sebagai orang paling berpengaruh dalam media sosial sehingga apa sahaja yang dilakukan mereka menjadi ikutan terutamanya golongan muda.
Terbaru, media melaporkan bahawa Instagram dan Facebook akan mengharamkan ‘komuniti berpengaruh’ dalam mempromosikan kandungan seperti vape, tembakau dan senjata.
Kandungan yang mempromosi arak dan ubat kurus juga akan memerlukan sekatan khusus.
Instagram juga telah memasang AI bagi memantau setiap iklan yang dikeluarkan pengguna.
Walau bagaimanapun, usaha ini telah disokong penuh anti merokok di United Kingdom dan Action on Smoking and Health (Ash) serta Stopping Tobacco Organisations and Products (Stop).
Sumber: CNN