Trending By: SGMS Enal October 21, 2019 @ 6:06pm

Leka Main Pokemon Go, Wanita Maut Ditembak

Seorang wanita ditembak mati ketika bermain Pokemon Go setelah menyaksikan satu kejadian rompakan semasa sedang bermain permainan tersebut.

Cayla Campos, 21, ketika itu bersama-sama teman lelakinya, Sidney, pada malam Jumaat berhampiran Taman Bianchetti di Albuquerque, New Mexico.

Campos melihat kelibat dua orang perompak di kawasan tersebut yang mana salah seorang duduk di dalam kereta mereka.

Ketika dia ingin melarikan diri, beberapa tembakan telah dilepaskan dan terkena kenderaannya sendiri menurut KRQE.

Campos terkena salah satu tembakan di bahagian belakang lehernya dan akhirnya kereta tersebut meletup dan terpelosok ke sebuah rumah kosong. Dia kemudiannya meninggal akibat kecederaan tersebut.

Tiada sebarang tangkapan dilakukan berhubung dengan pembunuhan ini dan polis meminta bantuan orang ramai dalam mengenal pasti suspek yang terlibat dalam kejadian tersebut.

Kredit Foto: dailymail

Bapa Campos memuat naikkan satu posting dengan menulis “Seorang anak yang sangat baik, malangnya terbunuh dalam kejadian ngeri”

”Kamu sentiasa di dalam jiwa saya. Kini saya tidak tahu nak hidup macam mana,” kata bapanya.

Sepupu Campos mengatakan Campos adalah satu-satunya kakak yang dia ada dan merupakan seorang kakak yang cantik, baik dan begitu penyayang.

”Saya berasa sangat sedih, marah dan berharap dia masih ada di sini,” menurut sepupunya. ”Hati saya patah, dan itu adalah satu penghinaan. Kami sepatutnya mengembara lebih banyak lagi.”

Kejadian tersebut berlaku berhampiran dengan pangsapurinya.

”Saya sedang berusaha tidak patah semangat,” kata Bell, rakan mangsa.

”Saya merasakan separuh daripada diri saya telah hilang”.

”Dia banyak membantu saya dalam segala hal, dan dia sentiasa berada di samping saya ketika memerlukan, sekarang dia sudah tiada” sambung Bell.

”Campos seorang yang luar biasa. Dia adalah kawan paling rapat saya. Saya berasa sangat terkilan atas kehilangan dia.”

Sumber: Dailymail

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Trending Fri, 18 Jan 2019
Featured Wed, 1 Feb 2023
Featured Tue, 15 Aug 2023

[VIDEO] Pakai Spek Macam Rappers, Ramai Terhibur Gaya Pu Riz Jual Barang – “Caprice Ke DJ Khaled Ni?

Amboiiiiii, ni abah Bilal dengan Abbas ke? 😂🤣 Lain macammm ek 🤣🤣

Trending Wed, 6 Nov 2019

After 11 Years of Painting Her Footwear, A Black Ballerina Finally Gets A Pointe Shoes That Matches Her Skin

For over a decade, she has only hand-dyed her pointe shoes with foundation just so that they’re the same colour as her legs.

Featured Mon, 28 Nov 2022
Trending Thu, 3 Jun 2021