Events By: Salma Syahbuddin January 15, 2019 @ 5:38pm

Musim Perayaan Ini Lebih ONG Dengan CJ WOW Shop!

Berita baik! Pelanggan setia CJ WOW Shop berpeluang merebut hadiah berjumlah  RM8,888 untuk makeover rumah perayaan anda pada Tahun Baru Cina ini!

Sempena musim perayaan Tahun Baru Cina, pihak CJ WOW Shop menawarkan peraduan WOW Your Home dan pemenang untuk peraduan ini akan ditentukan berdasarkan sejauhmana aktifnya pelanggan utama CJ WOW Shop sepanjang tempoh peraduan dari 14 hingga 25 Januari 2019. 

Diakhir pertandingan nanti, pihak CJ WOW Shop akan memberitahu siapakah pemenang yang berjaya membawa pulang hadiah bernilai RM8,888 dengan melihat kepada jumlah pembelian yang paling tinggi. Dan pemenang akan membawa pulang produk yang inventif serat berkualiti tinggi termasuklah barangan rumah dan barangan dapur. 

Feng Shui Master, Kenny Hoo

Bukan itu sahaja, pihak CJ WOW Shop turut bekerjasama dengan Feng Shui Master, Kenny Hoo untuk menghias rumah idaman anda mengikut aliran ‘nasib baik’ atau Ong pada tahun hadapan.

Menurut Ketua Pegawai Eksekutif MP CJ ENM Sdn Bhd, Kim Yang Hyun berkata, Di CJ WOW Shop, rumah dianggap sebagai tempat yang paling istimewa terutamanya menjelangnya musim perayaan seperti Tahun Baru Cina. Justeru itu kami memperkenalkan peraduan WOW Your Home kepada pelanggan setia kami.

” Denagn makeover rumah ini kami beruasaha untuk menjadi sebahagian daripada pengalaman para pelanggan kami. sambil memberi mereka hadiah dan persembahan yang akan memeriahkan lagi perayaan mereka pada tahun ini.” Katanya

Peraduan ini akan bermula menerusi program yang akan disiarkan di saluran ntv7 iaitu saluran berbahasa Mandarin dan ini adalah peluang keemasan untuk pelanggan-pelanggan kami merebut hadiah lumayan ini. 

Dan, bagi menambah keseronokan peminat akan bertemu sendiri dengan hos rancangan CJ WOW Shop seperti Gary Yap, Pauline, Desmond, Shin Kong, Chai Zi, Emerson, Kah Chee, dan Yin Yin. Serta banyak lagi hiburan menarik yang akan menemui penonton dan pelanggan setia CJ WOW Shop nanti.

So, jangan lepaskan peluang untuk lihat apa agaknya yang menarik yang bakal menemui penonton pada CJ WOW Shop Weekend Chinese New Year Special nanti.

Jadi, jangan lupa untuk ingat tarikh-tarikh seperti berikut disaluran ntv7 bermula Jumaat hingga Ahad dan 8TV pada hari Sabtu jam 1 petang.

  • 18 to 20 Januari (Jumaat hingga Ahad)
  • 25 to 27 Januari (Jumaat hingga Ahad)
  • 1 to 3 Februari  (Jumaat hingga Ahad)

Setiap pembelian yang dilakukan semasa rancangan tersebut berlangsung, penonton bakal menikmati promosi istimewa termasuklah 8% WOW Point untuk transaksiyang dibuat melalui platform e-dagang.

CJ WOW Shop juga akan memberi ganjaran kepada peminat di rumah dengan set chopstick edisi terhad dan angpow bagi setiap pembelian antara 14 Januari hingga 4 Februari 2019.

Jangan ketinggalan!

 

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Featured Mon, 8 Aug 2022

Dakwa Filem Gadis Jolobu The Movie Karya ‘Infinity Sh*t’, Penerbit Bakal Saman YouTuber

Uishh, paling teruk YouTuber ni rate filem Gadis Jolobu 😣🔥 Apa pendapat korang?

Hiburan Wed, 5 Apr 2023
Kisah Viral Mon, 31 Oct 2022
Featured Tue, 17 Jan 2023