Wow! Berita baik bagi korang yang merancang mendapatkan kereta Raya, ini masanya. Pembeli kereta Proton akan menikmati harga harga berkadar sifar Cukai Barang dan Perkhidmatan (GST) berkuat kuasa serta-merta walaupun kadar baharu GST hanya akan dilaksanakan mulai 1 Jun.

Perusahaan Otomobil Nasional Bhd (Proton) berkata harga yang ditawarkan kekal pada kadar sama sehingga pelaksanaan kadar sifar GST.

“Semua pelanggan akan ditawarkan pilihan antara rebat tunai segera atau baucar servis yang mempunyai nilai bersamaan kepada perbezaan antara harga kereta semasa dan akan datang, berkuat kuasa Jun.

“Tawaran kadar sifar GST juga dipanjangkan kepada semua pusat servis Proton yang diiktiraf dengan diskaun enam peratus  (untuk kos pekerja dan alat ganti penyelenggaraan berkala sahaja) ditawarkan kepada semua pemilik yang menghantar kereta mereka untuk penyelenggaraan berkala,” kata Proton dalam kenyataan hari ini.

Pembuat kereta nasional itu berkata pelanggan juga akan menikmati inisiatif jualan yang menarik bulan ini, yang memudahkan lagi orang ramai untuk memiliki kereta Proton.