Automobile By: SGMS Enal November 4, 2019 @ 1:49pm

SIC Terima E-Mel Kes Curi Di Litar Sepang

Insiden kecurian di Litar Sepang semasa perlumbaan Grand Prix (GP) Motosikal Malaysia pada Jumaat lepas, mendapat petunjuk baharu melalui e-mel yang dihantar kepada pusat khidmat pelanggan Litar Antarabangsa Sepang (SIC).

Tanpa mendedahkan petunjuk tersebut, ​​​​​​​Ketua Pegawai Eksekutif SIC Datuk Razlan Razali berkata maklumat itu sudah diserahkan kepada Polis Diraja Malaysia (PDRM) untuk siasatan lanjut.

“Kita baru dapat sekurang-kurangnya dua petunjuk, yang bagusnya ada individu menulis kepada pusat khidmat pelanggan SIC mengenai petunjuk itu. Kita sudah serah kepada pihak polis,” katanya ketika ditemui media di Litar Sepang, semalam.

Insiden kecurian melibatkan beberapa pasukan dipercayai berlaku pada awal pagi Jumaat, antara 1 hingga 5 pagi, dalam keadaan cuaca hujan lebat.

Antara paling terkesan dengan insiden tersebut ialah pasukan Angel Nieto Team, yang menyaksikan beberapa alat ganti seperti tayar depan, set lengkap penyerap hentak dan brek bagi jentera kelas Moto2 dan Moto3 dicuri.

Sebelum ini, sebuah akhbar tempatan ​​​​​​​melaporkan tiga pekerja syarikat keselamatan ditahan polis awal pagi Ahad bagi membantu siasatan berhubung kes kecurian peralatan bernilai lebih RM200,000 pada penganjuran GP Motosikal Malaysia, berakhir semalam.

Menurut laporan itu, Ketua Polis Daerah Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA), ACP Zulkifli Adamsah berkata kejadian curi itu dilaporkan berlaku pada awal pagi Jumaat lalu dan kawasan itu adalah di bawah tanggungjawab syarikat keselamatan yang dilantik pihak SIC.

Dalam perkembangan sama, Razlan berkata selain insiden kecurian dan pelumba Piala Bakat Asia Idemitsu (IATC), Afridza Munandar meninggal dunia dalam perlumbaan sokongan Malaysia GP, penganjuran kejuaraan kali ini berjalan lancar.

“Kehadiran pengunjung memang sangat baik, ada peningkatan dan semua berjalan lancar. Namun dalam setiap penganjuran kejohanan, pasti akan ada ruang untuk diperbaiki.

“Seperti biasa, SIC akan tunggu maklum balas daripada bancian yang dilakukan SIC untuk kita lihat apa boleh diperbaiki,” katanya.

Sumber: Bernama

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Automobile Tue, 6 Feb 2018

KALAU ADA KERETA ELEKTRIK, MINYAK TURUN TAK?

Kalau ada kereta elektrik, harga minyak boleh turun tak?

TECH Wed, 11 Jul 2018

Huawei Mahu Menceburi Industri Automotif Selepas Perjanjian MoU Dengan Audi

Sejak dua tiga tahun kebelakangan ini, banyak syarikat-syarikat pengeluar kenderaan sudah mula menggiat usaha mereka untuk menghasilkan kerete pintar. Ia termasuklah syarikat pengeluar kereta mewah terkenal dari Jerman iaitu Audi. Mereka sebelum ini telah mengumumkan […]

TECH Sun, 2 Sep 2018

Cara Untuk Mengunci Folder Pada PC

Risau akan fail – fail sulit anda diakses oleh orang lain? Berikut kami kongsikan salah satu cara untuk anda mengunci folder sulit anda pada PC dengan mudah.

TECH Wed, 10 Oct 2018

Cara Merakam Paparan Pada PC Menggunakan Power Point

Kepada anda yang teringin untuk masukkan rakaman pada “skrin” PC ke dalam “slide presentation” Power Point, tidak perlu bersusah payah memasang aplikasi tambahan.ikuti sahaja langkah berikut.

TECH Tue, 4 Dec 2018

Tumblr将永久禁止色情内容!12月17日实行

社交平台Tumblr将从12月17日开始永久禁止平台上的全部成人内容!

TECH Thu, 3 Jan 2019

低头族有救了! 4招让你有效预防肩颈酸痛

低头族看过来!趋势而言,全球人们生活上一定会越来越依赖智慧型手机,眼睛承受压力只会越来越重。

TECH Sat, 1 Dec 2018

Mahukan Fungsi Ubahsuai Bokeh Seperti iPhone XS Max

Jika anda mempunyai Iphone 7,8 dan X, anda boleh mencuba cara ini.

TECH Thu, 5 Dec 2019

Cara Alternatif Untuk Mengimbas Dokumen Pada Windows 10

aplikasi sedia ada pengimbas bermasalah dengan Windows 10.

TECH Thu, 30 Nov 2017

Cara Kongsi Kata Laluan Wifi Tanpa Diketahui Orang

Mahu kongsikan password WIFI tetapi risau password Hotspot anda diketahui umum? 

TECH Thu, 2 May 2019

Lenovo Legion Just Got Some Savage Upgrades

New technology with some crazy new upgrades,