Baru- baru ini, majlis pelancaran dan sidang media Zhejiang Victory Bench Hyperledger telah diadakan bertempat di Hotel Palace Of Golden Horses, Kuala Lumpur.

Pengumuman ini merupakan kesinambungan dari Majlis Penerangan “Victory Bench Hyperledger Blockchain” dan AI Technologi untuk Hub Berteknologi Tinggi Antarabangsa Malaysia yang telah diadakan Januari lalu.

Di dalam majlis ini juga menerangkan tentang sistem yang terdapat di dalam pembangunan Smart City iaitu Smart City Technology, Social Network Monitoring Technology dan Fabulous Blockchain Crypto Pass Exchange System dimana system ini bakal dibangunkan di Malaysia oleh Syarikat Zhejiang Victory Bench Blockchain Technology dalam masa terdekat.

Perkongsian ini dibentangkan oleh wakil dari pihak syarikat ini.

Seramai 220 wakil dari pihak Zhejiang hadir untuk bersama berkongsi pengalaman pembangunan Smart City yang telah lama dibangunkan di sekitar Negara China oleh pihak Zhejiang Victory Bench.

Bandar pintar yang pertama dijangka akan dibangunkan di Cyberjaya tahun ini berikutan bandar tersebut yang dikenali sebagai pusat teknologi maklumat.

Projek tersebut dijangka akan siap sepenuhnya pada tahun 2020.

Jelas pengasas Victory Bench Hyperledger, Muhammad Alif Iskandar Abdullah, beberapa kementerian dan agensi kerajaan turut menyatakan sokongan dalam usaha pembangunan bandar yang lebih moden serta canggih.

Pada majlis ini pihak Zhejiang memilih untuk melancarkan Fabulous Blockchain Crypto Pass Exchange System kerana sistem ini telah mula dibangunkan di Labuan yang diseliakan oleh Teknologi Perkasa yang berpengkalan di Kuala Lumpur.