Menyimpan gambar-gamabr lama sememangnya mempunyai satu nilai nostalgia yang tidak terhingga terutamanya gambar-gambar hitam putih zaman datuk nenek kita. Ada kalanya gambar-gambar tersebut kelihatan lusuh dek kerana terlalu lama berada di dalam simpanan.
Kali ini kami ingin kongsikan tips untuk membaik pulih dan meningkatkan kualiti gambar-gambar lama yang masih ada dalam simpanan kita.
Pertama sekali apa yang perlu anda lakukan ialah dengan memasang aplikasi PhotoScan daripada Playstore ataupun APkPure.com
Setelah siap dipasang, buka aplikasi tersebut dan “Snap” gambar yang ingin di baikpulih kualitinya,
anda akan diminta untuk menggerakan gambar tersebut ke empat penjuru yang ditandakan dengan tombol putih seperti dalam gambar dibawah
Setelah selesai proses tersebut, gambar tadi akan digabungkan dan seterusnya terhasilah satu gambar yang lebih jelas dengan kualiti yang lebih baik.
Untuk makluman anda gambar yang telah siap di “Cantik” kan tadi akan terus di muat naik ke storan awan Google Photos, yang mana anda tidak perlu risau sekiranya peranti anda hilang atau rosak.
Selamat mencuba!