LIFESTYLE By: SGMS Faida September 8, 2018 @ 3:13pm

Jangan ‘Cuwak’ Bila Passport Hilang, Si Kaki Travel Sila Ikut Langkah Di Bawah!

Passport umpama ‘NYAWA’ bagi rakyat Malaysia ketika di luar negara. Tapi korang tahu tak apa perlu dilakukan jika secara tak sengaja passport tiba-tiba hilang?  

Nak balik dah ‘confirm’ tak boleh, nak berjalan takut kena tahan dengan pihak berkuasa pula, tapi, nak tak nak, mesti kena buat sesuatu, kalau tidak mesti akan terkandas, tak boleh balik.

Menerusi perkongsian dari Yusoff Ahmad, lelaki ini pernah kehilangan passport ketika bercuti ke Frankfurt. Lebih mendebarkan, dia ke sana berseorangan. Jadi, ini sedikit perkongsian ilmu untuk korang yang bakal bercuti tak lama lagi!

Sebelum Travel

  • Dapatkan alamat & no telefon kedutaan, konsulat malaysia di negara or negara terdekat dengan tempat korang nak travel.
  • Photostat/snap gambar passport simpan copy .
  • Bawa gambar size pasport 2 keping backup.
  • Email ke Wisma Putra untuk maklum iti dan route negara-negara yang korang akan singgah. Biasanya Wisma Putra akan reply n forwardkan iti korang pada kedutaan negara yang dilawati. Means kedutaan dah ada info.

    Semasa Travel 

  • Jangan panik, releks dan bertenang. Selalunya pasport akan hilang sekali dengan walet n kunci bilik hotel. Kalau just pasport je masih ok lagi. Sebab itu adalah terbaik masa travel guna tip pecah-pecah kan duit dan doc2 utama.
  • Balik segera ke hotel untuk bagi tau pihak hotel yang korang hilang pasport, kunci etc. Call pejabat kedutaan/konsulat kalau boleh dapatkan no handphone officer incharge. Maklumkan situasi korang.
  • Bawa copy passport pergi balai buat laporan polis. Kalau ada copy pasport amat membantu polis sana nak buat report. Nak-nak negara yang tak pakai Bahasa Inggeris as bahasa utama.
  • Pergi ke Kedutaan Malaysia yang terdekat. jika terdesak sangat buat muka sedih n nego dengan polis untuk tolong hantarkan. Bawa sekali copy passport, copy report polis, alamat hotel, duit untuk buat passport sementara, gambar ukuran passport 2 keping.
  • Sampai kedutaan bermaksud korang dah selamat. minta kebenaran pejabat kedutaan untuk call bank di Malaysia dan batalkan kad kredit, kad bank dan lain-lain yang hilang.
  • Isi borang dan particulars untuk permohonan pasport sementara (Perakuan Cemas). Kena interview. Passport sementara ni bentuk sama macam passport cuma warna beza.
  • Samada pasaport sementara boleh siap hari yang sama bergantung pada proses di pejabat kedutaan situ. If tak dapat siap sebelum tarikh berlepas, call airline dan minta tunda tarikh penerbangan.
  • Passport sementara hanya boleh dikeluarkan oleh duta besar or consulate gen (tu amik masa nak buat coz duta or consulate gen nak kena sign). Sah hanya untuk satu perjalanan sahaja. Sampai malaysia kena serahkan pada pegawai imigresen dan kena buat pasport baru.

Semasa Pulang

  • Jika pegawai bertugas di pejabat kedutaan free dia akan bantu untuk hantar ke airport dan iring smpai masuk balai berlepas. Mereka akan pakai status pegawai diplomatik untuk mudahkan urusan di kaunter imigresen sana. Kalau dia orang tak ade maybe banyak kena soal jawab dengan imigresen kot. 
  • Bila smpai klia, masa keluar passport sementara diserahkan kepada pegawai imigresen. 
  • PERGI buat passport baru.

    Sumber: Siakap Keli

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Featured Fri, 16 Dec 2022

Ustaz Wadi Anuar Kongsi Tip Berubah Jadi Baik

Pendakwah terkenal, Ustaz Wadi Anuar menasihati warganet agar kekal istiqamah untuk berubah menjadi orang yang lebih baik. @thefastabiqulkhairat semangat untuk berubah dan istiqamah🤍 In Shaa Allah🤲🏻 #reminderislamic #ustazwadiannuar #uwa #uwateam #keepistiqomah #selfreminder #reminderforyou #thefastabiqulkhairat #fyp […]

Hiburan Wed, 20 Jun 2018

Penat Kerja Kot… Elvina Kongsi Detik Cemas!

Kejadian berlaku ketika masih berpuasa. Memang saya risau memandangkan ini pengalaman pertama saya hamil.

Hiburan Thu, 1 Nov 2018

Yeay! Yusuf Iskandar Bakal Dapat Adik

Alhamdulillah… Tahniah Hairul & Hanis Zalikha!

Featured Wed, 29 Mar 2023

[VIDEO] “Itu Fitnah! Saya Habiskan RM40,000 Hantar Anak Masuk Sekolah Antarabangsa” – Fatin Afeefa Perjelas Dakwaan Abai Pendidikan Anak

“Saya sedih sangat.. Difitnah. Buat saya terfikir, tak cukup ke apa yang saya beri pada anak?” – Fatin Afeefa

Hiburan Wed, 5 Apr 2023
Hiburan Tue, 14 Aug 2018

Fendy Bakri Akui Dah Pulih Tapi…

pakar perubatan alternatif menasihatkan saya agar selalu mengamalkan bacaan suci Al-Quran sebagai langkah berjaga-jaga bagi mengelak kesakitan berulang.

Hiburan Tue, 9 May 2023
Hiburan Thu, 4 Jul 2019