Trending By: Salma Syahbuddin February 26, 2020 @ 8:00am

[VIRAL] “Biar Dia Pulak Merangkak Naik Mahkamah” Peguam Ini Tawar Khidmat Percuma Bantu Ustazah Dalam Video Merangkak

Melampau mak bapak sekarang!

Video viral menunjukkan seorang Ustazah dipaksa merangkak oleh salah seorang ibu bapa pelajar di sebuah sekolah Madrasah yang terletak di Bagan Datoh, Perak itu mendatangkan kemarahan ramai pihak terutamanya apabila maruah seorang guru bagaikan dipijak-pijak.

Susulan tularnya video tersebut di laman sosial, seorang peguam tampil mempertahankan hak ustazah berkenaan. Nurhidayaty Maidin, seorang peguam telah memuat naik status di Facebook beliau bagi mencari ustazah berkenaan untuk menawarkan khidmat secara percuma kepada beliau.

 

Perkara ini harus diberikan perhatian serius

Menurutnya, apapun alasan ibu bapa pelajar berkenaan, beliau tidak sepatutnya berbuat demikian kepada ustazah tersebut.

Malah, Nurhidayaty juga meminta penasihat jabatan undang-undang Jabatan Agama Islam untuk mengambil berat perkara ini dengan lebih serius seterusnya membela nasib para guru.

Seorang lagi guru yang dikenali sebagai Mohd Fadhli Salleh juga nampaknya turut membawa isu ini ke laman sosial Facebook dan memaklumkan bahawa kejadian ini berlaku di salah sebuah Madrasah iaitu, Madrasah Ad Diniah Islamiah Parit 15, Bagan Datoh, Perak.

Menurut Fadhli, beliau telah dimaklumkan oleh waris ustazah ini dan telahpun menyampaikan tawaran peguam Nurhidayaty kepada keluarga ustazah berkenaan. 

Peguam tidak mahu si Ibu hanya ucap perkataan maaf

Difahamkan Nurhidayaty telahpun menghubungi pihak sekolah. Namun pihak sekolah dan ustazah berkenaan mengambil keputusan untuk tidak memanjangkan isu berkenaan. Justeru itu, Nurhidayaty tidak mahu si ibu hanya meminta maaf atas apa yang berlaku dan ibu berkenaan diminta untuk menandatangani beberapa dokumen sebagai salah satu prosedur.

Ini adalah sebagai pengajaran buat ibu bapa agar perkara sebegini tidak berulang lagi. Dan, saya juga telah mencadangkan kepada pihak sekolah agar ibu bapa berkenaan menandatangani dokumen yang telah disediakan dan saya akan memaantau perkara ini.

Ibu bapa makin hilang akal

Bongkak dan melampau

Kes ini nampaknya mendapat respon di kalangan netizen yang menyifatkan tindakan ibu bapa terbabit adalah sangat bongkak dan melampau.

Apapun, diharap agar perkara ini tidak berlaku lagi dikemudian hari. 

 

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Trending Tue, 2 Nov 2021

Rosakkan Pintu Van Dengan Kayu Besbol & Tumbuk Pemandu, Ammar Alfian Didenda RM3,500

Selepas mengaku bersalah melakukan khianat dengan mengetuk pintu sebuah van Pos Malaysia menggunakan kayu besbol dan menumbuk pemandu pada April, pelakon Ammar Alfian didenda RM3,500 oleh Mahkamah Majistret Kuala Lumpur semalam. Majistret S. Mageswary turut […]

Featured Sat, 26 Mar 2022
Featured Thu, 6 Jan 2022

“Tersembur Air Kopi Saya Tengok Awak…” – Nyanyian Michael Ang Timbul Berbagai Reaksi Netizen

Pengarah terkenal Michael Ang kini mencuba bakatnya di dalam bidang nyanyian apabila lagunya bertajuk Cinta Atau Propa telah dikeluarkan di saluran YouTube Indigital Music pada Rabu. Menerusi video muzik lagu itu, Michael berjaket merah sambil […]

Trending Sun, 6 Dec 2020

Gantikan Judika Di SFMM35, Afif Tirmizie Kini Muncul Dengan Single Maaf

Ni identiti lelaki yang gantikan Judika masa SFMM25 hari tu!

Featured Tue, 21 Feb 2023