Seorang kanak-kanak perempuan dikenali dengan nama Nur Hidayah dilaporkan hilang di kawasan perumahannya di Seremban.
Menurut kenyataan daripada pihak polis, Nur Hidayah Zahid Hussin dipercayai hilang di kawasan rumahnya, No 262, Tingkat 1 Jalan Jujur Kanan 6 Taman Jujur Sikamat, Seremban. Laporan polis telah dibuat pada hari Isnin, selepas menyedari kehilangan kanak-kanak tersebut.
Nur Hidayah digambarkan mempunyai ketinggian 130sm dan mempunyai bentuk badan sederhana gempal. Warna kulit Nur Hidayah pula berwarna kuning langsat dan dipercayai terdapat kesan parut dimukanya kerana terkena getah mangga.
Kanak-kanak itu juga dikatakan selalu memakai jubah sebagai pakaian harian.
Orang ramai yang mempunyai maklumat berhubung Nur Hidayah diminta untuk menghubungi balai polis berhampiran untuk tindakan lanjut.