Menurut laporan yang dikeluarkan oleh Sinar Harian, Sultan Hassanal Bolkiah telah bertindak memulangkan semula ijazah kehormat dari Universiti Oxford, Britain yang dianugerahkan kepadanya. 

Pulangkan Ijazah Dari Universiti Oxford

Hampir 120,000 orang menandatangani petisyen pada April yang menggesa Universiti Oxford membatalkan penganugerahan ijazah kehormat undang-undang yang diberikan kepada Sultan Hassanal pada 1993. Walaubagaimanapun, pihak Universiti Oxford masih meneliti semula keputusan penganugerahannya. 

Dikritik kerana hukum hudud

Terdahulu, Sultan Brunei dikritik berikutan keputusannya untuk melaksanakan hukum hudud dan hukuman rejam kepada penzina dan pesalah hubungan sejenis (homoseksual), keputusannya telah ditentang oleh seluruh dunia termasuk dari selebriti Hollywood seperti George Clooney, Ellen Degeneres dan Elton John. 

Cawangan Hotel Di Luar Negara Diboikot

Hotel mewah milik Sultan Brunei seperti The Beverly Hills dan  Dorchester turut diboikot oleh orang ramai dan selebriti antarabangsa. Syarikat penerbangan terkemuka iaitu Virgin Airlines juga bertindak menamatkan perjanjian dengan Royal Airlines Brunei berikutan perkara ini.