Trending By: Attiqah Mohd January 20, 2020 @ 5:30pm

Seramnya! Filem Ini Papar Kisah Benar Perkahwinan Mistik Antara Manusia Dan Hantu

Korang pernah tak dengar kisah perkahwinan antara manusia dan makhluk halus? Bunyinya agak menyeramkan, namun perkahwinan mistik antara manusia biasa dan makhluk halus ini bukanlah sekadar mitos semata-mata, perkahwinan ini memang benar-benar berlaku pada zaman dahulu, malah ia menjadi suatu tradisi dan upacara yang pernah diamalkan oleh masyarakat Cina. 

Yangszee Choo mula percaya mengenai perkahwinan mistik apabila bapa saudara kepada sahabatnya sendiri pernah mempunyai pengalaman benar berkahwin dengan makhluk halus

Upacara perkahwinan antara manusia dan makhluk halus ini sebenarnya sudah lama dijalankan dalam masyarakat Cina suatu ketika dahulu. Perkara ini disahkan sendiri oleh penulis novel The Ghost Bride iaitu Yangsze Choo.

Menurut Yangsze, kisah  ini mula mendapat perhatiannya apabila beliau membaca sebuah artikel yang disiarkan di akhbar. Beliau yang hairan dengan “perkahwinan” itu berasa tertarik dengan perbezaan kehidupan alam manusia dan alam mistik, malah beliau juga tertarik dengan ritual perkahwinan itu dijalankan.

Malah, Yangszee semakin mempercayai kebenaran perkahwinan mistik ini apabila salah seorang sahabatnnya pernah menceritakan mengenai bapa saudaranya yang berkahwin dengan mayat yang telah mati. Upacara perkahwinan itu  dijalankan mengikut ritual sebenar dan melibatkan makanan, kostum dan hiasan pengantin. Bermula dari kisah ini, Yangszee mula menulis mengenai novel The Ghost Bride. 

Sejarah upacara perkahwinan mistik antara manusia dan makhluk halus menurut budaya dan bangsa berbeza

Budaya perkahwinan mistik antara manusia dan makhluk halus ini sebenarnya sudah lama diamalkan oleh pelbagai kaum dan budaya yang berbeza. Di negara Perancis, perkahwinan antara manusia dan makhluk halus bermula seawal tahun 1959, malah di Utara Sudan sendiri mempunyai upacara perkahwinan mistik  mereka yang tersendiri.

Terdapat juga ura-ura yang mengatakan perkahwinan ini dijalankan di daerah Shanxi, Utara Cina hal ini berikutan kejadian penggalian kubur si mati pada tahun 2016. 

The Ghost Bride, Filem terbaru yang bakal ditayangkan di Netflix memaparkan perkahwinan antara manusia dan makhluk halus dalam masyarakat Cina

Filem terbaru keluaran Netflix iaitu The Ghost Bride bakal menemui penonton bermula 23 Januari 2020. Filem ini mengisahkan mengenai kisah Li Lan dan Tiang Chan yang telah meninggal dunia. Tiang Chan yang jatuh cinta pandang pertama dengan Li Lan mula menghantui mimpi gadis itu setelah kematiannya dan mendesak untuk berkahwin dengan Li Lan dalam mimpinya. 

Kalau korang berminat untuk mengetahui dengan lebih lanjut mengenai kisah ini dan bagaimana upacara perkahwinan ini dijalankan korang boleh tonton siri ini di Netflix. 

Sumber Imej: Google

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Trending Tue, 17 Sep 2019
Featured Tue, 6 Feb 2024

“Awak Ingat Saya Tak Mampu Nak Buat Anak Saya Cantik?”- DSV Dedah Cik B Kerap Jadi Mangsa Body Shaming

Alahai, kesian Cik B! Siapa suka body shaming tu boleh cermin dulu kot

Featured Fri, 3 Mar 2023
Featured Sat, 4 Jun 2022

[VIDEO] Minta Izin Sebelum Sentuh Perut, Uyaina Arshad Hindar Perkara Buruk – “Kita Tidak Tahu Niat Orang…”

Please don’t pet me, no petting thank you. Uyaina berhati-hati demi menjaga kandungannya yang sudah hampir enam bulan untuk elak perkara buruk berlaku ❤️

Featured Wed, 11 Jan 2023
Trending Thu, 24 Jun 2021
Hiburan Sat, 16 Sep 2023

Sah! Farid Kamil & Diana Danielle Bakal Rujuk Semula – “Kami Akan Ke Mahkamah Secepat Mungkin”

Alhamdulillah itu yang terbaik. Sama-sama kita doakan supaya mereka lebih bahagia bersama

Trending Tue, 23 Mar 2021