Trending By: Attiqah Mohd July 12, 2019 @ 5:52pm

Happy Birthday Tun Siti, Fakta Menarik Tentang Tun Siti Hasmah Yang Korang Mungkin Tak Tahu

Tanggal 12 Julai merupakan hari ulang tahun wanita kebanggaan Malaysia, Tun Dr Siti Hasmah Mohd Ali. Selain daripada menjadi First Lady Malaysia Tun Siti Hasmah merupakan ikon srikandi wanita negara. Kebijaksanaan dan keperibadian beliau menjadikan beliau dikagumi orang ramai.

Sempena hari jadi Tun Siti yang ke-93 tahun jom kita tengok 5 fakta menarik mengenai Tun Dr Siti Hasmah yang mungkin korang tak pernah tahu!

1. Satu-Satunya Pelajar Berbangsa Melayu Sewaktu Di Kolej

Sewatu beliau melanjutkan pelajaran di King Edward Kolej, Singapura, Tun Dr Siti Hasmah merupakan satu-satunya pelajar wanita berbangsa Melayu yang mengikuti kursus perubatan. Beliau mendapat tajaan biasiswa sewaktu belajar. Bukan itu je, kalau korang nak tahu Tun Siti turut menjadi pelajar Melayu kedua mendapat gelaran doktor. Fuyooo, bangganya dengan pencapaian Tun ni!

2. Bercinta  Dengan Tun M Bermula Dari Zaman Kolej

Kalau korang nak tahu pasangan sweetheart Malaysia, Tun Dr Siti Hasmah dan Tun Dr Mahathir berkenalan dan mula bercinta dari zaman kolej lagi tau! Mereka bercinta selama 8 tahun sebelum akhirnya berkahwin, untuk pengetahuan korang bapak Tun Dr Siti Hasmah ni agak tegas jadi beliau mahukan anaknya menamatkan pelajaran sebelum mendirikan rumah tangga. 

3. Bercita-cita Menjadi Seorang Wartawan  

Dalam satu temubual, Dr Tun Siti Hasmah menyatakan cita-cita asal beliau adalah untuk menjadi seorang wartawan kerana mempunyai minat yang mendalam terhadap bidang penulisan. Sama seperti suaminya, Tun Dr Siti Hasmah juga minat menulis namun ketika beliau di kolej ibunya jatuh sakit teruk menyebabkan Tun Dr Siti Hasmah mengubah cita-citanya menjadi seorang doktor.

4. Merupakan Seorang Pencinta Muzik 

Tun Dr Siti Hasmah merupakan seorang pianist dan juga pemain violin yang berbakat. Walaupun sudah menjangkau usia senja namun minat Tun Dr Siti Hasmah dalam bidang muzik sememangnya tidak dapat dinafikan, beliau pernah membuat persembahan Violin di Dewan Filharmonik Petronas.

                               

5. Isteri Pertama Perdana Menteri Yang Dianugerahkan Gelaran Tun

Pada tahun 2003, Tun Dr Siti Hasmah telah dianugerahi dengan darjah kebesaran Seri Setia Mahkota Malaysia (SSM ), penganugerahan ini turut menjadikan beliau sebagai isteri perdana menteri Malaysia yang pertama memiliki gelaran Tun. Power la Tun Dr Siti!

Pencapaian Tun Dr Siti Hasmah memang wajar dijadikan inspirasi, kami di Xtra mengucapkan selamat ulang tahun buat Tun Dr Siti Hasmah, semoga panjang umur dan terus menjadi inspirasi buat wanita di luar sana! Tun memang menjadi simbol woman empowerment!

 

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Hiburan Wed, 10 Aug 2022

Gabung Elemen Etnik Jawa & EDM, Aisha Retno Memperkasakan Wanita Dengan Sutera

Sutera lagu Aisha Retno yang memperkasakan kaum wanita.

Featured Mon, 1 Apr 2024

“Kita Makin Sakit Terutamanya Orang Melayu” – Erma Fatima Anggap Drama Lelaki Itu Bukan Cerita Biasa

Kadang cerita berat ni lah yang buka mata tentang kehidupan realiti zaman sekarang💪💪💪

Featured Mon, 13 Mar 2023

Tahniah! Michelle Yeoh Aktres Asia Pertama Menang Anugerah Oscar

Tahniah! Tan Sri Michelle Yeoh menang Oscar

Trending Thu, 9 Aug 2018

“We never thought about becoming millionaires but…”

Brothers win RM11 million in Jackpot.

Hiburan Tue, 27 Sep 2022

[VIDEO] Setanding Drama Korea, Babak Dalam Sekali Lagi Cinta Kembali Jadi Bualan Penonton

Drama Sekali Lagi Cinta Kembali kini menjadi fenomena apabila gandingan mantap Aniq Suhair dan Siti Khadijah Halim ternyata tidak mengecewakan. Terbaharu, seorang pengguna memuat naik video reaksinya terhadap satu babak dalam drama Sekali Lagi Cinta […]

Featured Sun, 12 Mar 2023

JHEAT Sahkan Ustaz Azhar Idrus Tiada Tauliah Di Terengganu

UAI telah dipanggil sebanyak tiga kali oleh JHEAT untuk menjalani proses temuduga pemegang tauliah

Featured Thu, 1 Sep 2022