Trending By: SGMS Faida July 2, 2018 @ 9:17am

Jijik! Cabul Pelajar Kolej Di Tiga Lokasi Berbeza

Hanya kenal menerusi laman Instagram, seorang ejen insurans dicekup selepas didakwa mencabul kehormatan seorang gadis di tiga lokasi berbeza.

Lelaki bernama Fadhil Qayyum Muhammad Rasul itu didakwa melakukan perbuatan terkutuk itu di tiga lokasi berlainan iaitu di sebuah panggung wayang di Damansara, di tempat parkir sebuah kafe dan di dalam kenderaan milik lelaki itu di sekitar Jalan SS22/25, di sini antara 10 malam hingga 3 pagi, 16 dan 17 Jun lalu.

Difahamkan, mangsa wanita itu dilaporkan merupakan seorang pelajar kolej.

Bagaimanapun mengaku tidak bersalah selepas kesemua pertuduhan ke atasnya dibacakan di hadapan Majistret Nor Ariffin Hisham.

Lelaki itu dituduh mengikut Seksyen 354 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara maksimum 10 tahun atau denda atau sebat atau mana-mana dua daripada hukuman itu, jika sabit kesalahan.

Terdahulu, Timbalan Pendakwa Raya Fazeedah Faik menawarkan jaminan RM3,000 dengan seorang penjamin bagi semua pertuduhan bagaimanapun tertuduh yang tidak diwakili peguam merayu jaminan rendah atas alasan dia tidak mampu membayar jumlah tinggi.

Mahkamah membenarkan tertuduh diikat jamin RM7,000 dengan seorang penjamin bagi semua pertuduhan dan menetapkan 17 Ogos untuk sebutan semula kes. 

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Featured Wed, 10 Mar 2021
Trending Wed, 4 Apr 2018

Ayam ‘Crispy’ Kena Perli?

“Satu-satunya makanan yang sepatutnya rangup adalah ayam goreng kami. Tahniah Masterchef Zaleha!” menurut kapsyen dimuat naik bersama gambar itu.

Events Wed, 24 Aug 2022
Trending Mon, 26 Aug 2019
Trending Tue, 24 Jul 2018
Trending Sat, 22 May 2021

Kerana Sotong Masak Hitam, Netizen Panggil Siti Sarah ‘Bodoh’

Penyanyi Siti Sarah mendedahkan dirinya dikecam oleh netizen selepas berkongsi video dirinya sedang menyediakan juadah sotomg masak hitam. Ada warganet yang mendakwa sotong masak hitam haram dimakan lalu memanggil Sarah dengan gelaran ‘bodoh’. View this […]