Trending By: Attiqah Mohd May 16, 2019 @ 2:49pm

Jururawat Hilang, Mayat Siti Kharina Ditemui Dengan Kesan Kelar Di Leher Disyaki Dibunuh

Misteri kehilangan Ketua Jururawat Hospital Serdang, Siti Kharina Mohd Kamarudin yang dilaporkan hilang pada Rabu lalu mengejutkan semua pihak. Namun, kehilangannya terjawab apabila mayatnya ditemui di sebuah rumah di Cyberjaya. 

Menurut laporan dari Harian Metro, mayat Siti Kharina ditemui dalam keadaan reput dipercayai sudah meninggal dunia sejak seminggu lalu selain terdapat kesan kelar pada leher mangsa.

“Kami menerima maklumat daripada orang awam berhubung penemuan mayat wanita itu, petang semalam. Siasatan lanjut sedang giat dijalankan bagi mengenal pasti identiti mangsa sama ada mempunyai kaitan dengan jururawat yang dilaporkan hilang sebelum ini”, ujar Ketua Polis Selangor Dato Noor Azam Jamaluddin ketika mengesahkan penemuan mayat berkenaan oleh pihak polis. 

Siti Kharina kali terakhir dilihat di kawasan tempat letak kenderaan Hospital Serdang. Kehilangannya hanya disedari apabila rakan serumahnya menghubungi ahli keluarga untuk bertanyakan mengenai keadaannya yang gagal melaporkan diri bertugas di tempat kerja.

Ketua jururawat itu dipercayai mempunyai sepasang anak kembar perempuan berusia 10 tahun dan seorang anak perempuan berusia 14 tahun. 

Motif pembunuhan masih belum diketahui dan kini sedang dalam siasatan pihak polis. Mayat mangsa turut dihantar ke Hospital Serdang untuk dibedah siasat. 

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Featured Thu, 8 Feb 2024

“Rasanya Lebih Baik Bertanya Kepada Mereka”- Misya Akhirnya Buka Mulut Isu Aslam, Marissa Kahwin Di Thailand

Berat mata memandang, berat lagi bahu yang memikulnya. Moga Misya terus kuat!

Trending Wed, 14 Nov 2018

Exam SPM Tahun Hadapan Mungkin Akan Diawalkan!

Rancangan ini melihat kepada faktor logistik, keadaan cuaca dan kebajikan pelajar.

Featured Mon, 20 Mar 2023
Trending Wed, 3 Feb 2021

Individu Langgar SOP Akan Dikenakan Kompaun Dan Denda Yang Tinggi – Ismail Sabri

Perhatian buat semua atau bakal dikenakan kompaun yang tinggi

Hiburan Tue, 28 Sep 2021

“Cantiknya Mata Baby…” – Ayda Jebat & Nabil Mahir Dedah Wajah Anak, Beri Nama Ana Nayla

Pasangan selebriti Ayda Jebat dan Nabil Mahir mendedahkan wajah anak sulung mereka yang dilahirkan pada 21 September lalu. Menerusi kemas kini Instagram pasangan ini, mereka turut mendedahkan nama permata hati mereka, Ana Nayla. View this […]

Hiburan Fri, 5 Apr 2024