Trending By: Attiqah Mohd August 6, 2019 @ 5:20pm

‘Makan Pedas Sampai Meletop’- Cabaran PEDASSS Chick Yun Challenge Myeondong Topokki

Kalau korang tengok dekat sosial media sekarang, memang banyak trend makan ramen Korea yang pedas berapi tu yang boleh buat mulut dan perut korang meletop!

Baru baru ini, cawangan MyeonDong Topokki menganjurkan cabaran Pedasss Chick Yun Grand Final yang diadakan di Paradigm Mall,  seramai 30 orang peserta yang menyertai cabaran ini dan seramai 500 orang tetamu di jemput untuk memeriahkan acara. 

Antara acara-acara menarik adalah persembahan maskot, persembahan tarian daripada ahli kumpulan Sixth Sense dan juga penampilan istimewa Maria Tunku Sabri sebagai hos pada acara itu.  Acara itu turut dimeriahkan oleh penyanyi dan pelakon, Sasha Saidin. 

“Objektif utama kami adalah untuk menjadi “trendsetter” dalam cabaran makanan pedas. Kami percaya dalam masa akan datang, makanan seperti ini akan menjadi trend dalam kalangan rakyat Malaysia”, ujar Vincent Lua, CEO Of MyeongDong Toppoki.

Pemenang utama berjaya membawa pulang wang tunai sebanyak RM 3,500 manakala antara hadiah lain yang turut ditawarkan adalah pakej pelancongan dan sebagainya. 

MyeongDong Toppoki ditubuhkan pada tahun 2014 di Malaysia, diinspirasikan dari konsep makanan “street food” Korea di daerah Myeong Dong, restauran Myeong Dong menyajikan seleksi makanan bertemakan Korea dan kini mempunyai lebih 21 cawangan di Malaysia. 

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Hiburan Fri, 29 Dec 2023

Fazley Yaakob Terkesan Dengan Pemergian Fiza Kamarudin

semoga arwah ditempatkan dalam kalangan orang yang beriman

Featured Fri, 17 Mar 2023
Trending Wed, 13 Jan 2021

PKP 2.0: SOP Akad Nikah JAIS & JAWI Buat Bakal Pengantin

Wajib ikut SOP terkini buat mereka yang bakal bergelar raja sehari❤️

Featured Thu, 28 Apr 2022

Lirik Lagu Sesuci Lebaran Didakwa Hina Golongan Miskin, Ini Penjelasan Fedtri Yahya

Aik, dulu tak ada isu pun pasal lagu Siti Nurhaliza ni.. Aiyoo

Trending Thu, 28 Jun 2018

19岁雀斑妹粉丝破百万!每天晒名牌 自爆「我不是人」

加州19岁网红蜜葵拉在IG上拥有120万粉丝,然而,她4月时坦承「我不是人类,我是一个机器人。」

Hiburan Wed, 8 Nov 2023

Sedia Berkhidmat Sebagai Jurulatih PLKN, Nourul Deep Tawar Diri Suntik Motivasi Kepada Generasi Muda

Bagus jugak tu! Lagipun Nourul memang pakar motivasi. Selayaknya🔥🔥🔥🔥