Trending By: SGMS Faida June 25, 2019 @ 11:33pm

Nak Bersuara Kena Bijak, Ratu Naga Selar Sifatkan Kenyataan Faizah Ariffin Tak Masuk Akal!

Ketua Penerangan Wanita Parti Keadilan Rakyat (PKR) Pusat, Syarul Ema Rena Abu Samah atau lebih dikenali sebagai Ratu Naga menyifatkan kenyataan Naib Ketua Wanita Keadilan Pusat, Datin Faizah Ariffin tidak masuk akal.

Tambah beliau, Faizah seharusnya lebih bijak dalam menyuarakan kebenaran di era Malaysia Baharu.

“ Dia gagal dalam memahami apa itu demokrasi dan hak bersuara di dalam parti.

“ Setiap ahli mempunyai hak dan pandangan masing-masing untuk memberi pandangan dan buah fikiran. Tak timbul isu biadap dan tidak mempertahankan keputusan parti,” ujarnya.

Dalam masa sama, Ratu Naga menegaskan Faizah juga gagal memahami maksud sebenar cara seni politik professional.

“ Oleh sebab itu lah, kita dapat lihat kenyataan melabel ‘mak lampir tidak bertuan’ suatu tindakan yang tidak matang di dalam kenyataannya.

“ Apa pun, saya ingin nasihatkan, Pakatan Harapan masih ditahap diuji dan rakyat sedang menilai pretasi kita. Pelbagai fitnah sedang ditaburkan dan yang peliknya kita menyerang sesama kita dan bukan membantu untuk menjaga nama baik Pakatan Harapan. Bukan ini yang rakyat mahukan selepas memberi undi pada kita,” katanya.

Tambah beliau, sebarang kenyataan Faizah membawa kesan reputasi kepada kerjaan sekarang.

“ Tidak salah sekadar memberi pendapat untuk pecat Haziq, kerana Haziq telah sengaja memburukkan parti dan Pakatan Harapan. Melainkan Haziq menafikan maka tak akan jadi pekung untuk dikatakan sebagai memalukan nama baik parti, tapi yang berlaku sebaliknya

“ Apa rakyat akan fikir kemudian? Adakah kita menyokong perbuatan yang dibanggakan Haziq yang dengan rela dan bangga mengakui dia lah salah seorang lelaki yang melakukan aktiviti semburit tu? Ada kah itu yang Datin Faizah Ariffin pertahankan?,” komennya.

Faizah juga diingatkan agar tidak gelojoh dalam mengampu sehingga gagal memahami apa yang cuba disampaikan YB Zuraida.

“ Kita jangan mengikuti cara UMNO sengaja membiarkan sesiapa saja yang mengaku buat pekara sumbang berlegar merata dalam parti. Ini tak masuk akal,” komennya.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Hiburan Wed, 29 Nov 2023
Featured Mon, 6 Nov 2023
Featured Wed, 7 Jun 2023

Digelar Kekwat Layan Peminat? Amir Ahnaf Enggan Perjelas Situasi Sebenar

Kita tunggu je lah penjelasan lanjut dari aktor kegemaran korang okay!😎✌️

Trending Thu, 11 Jun 2020
Featured Wed, 3 Nov 2021

Penganggur Bunuh, Tanam Teman Wanita Kerana Cemburu

Seorang lelaki yang merupakan orang pengawasan polis (OPP) telah membunuh dan menanam mayat teman wanitanya di tepi Sungai Jebong, Kuala Sepetang, Taiping pada 27 Oktober lalu. Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Perak SAC Anuar Othman berkata […]

Featured Mon, 10 Apr 2023
Hiburan Sat, 1 Jul 2023
Trending Thu, 22 Mar 2018

Jangan Tenung Lama-Lama Matanya. Takut Anda Tak Tidur Malam, Seram!

Tidak seperti kebanyakan boneka atau patung, yang menjadi peneman saat mahu tidur atau yang dikendong ke mana saja, yang satu ini membangkitkan perasaan aneh.