Trending By: Salma Syahbuddin February 3, 2020 @ 5:16pm

Sajat Mengaku LELAKI Ketika Daftar Umrah?

Susulan isu kontroversi melibatkan usahawan kosmetik, Muhammad Sajad Kamaruzzaman atau lebih popular dengan panggilan Sajat, kali ini agensi yang membawa beliau mendaftar untuk mengerjakan umrah itu mendakwa Sajat mengaku sebagai lelaki.

Mengaku sebagai Lelaki ketika mendaftar

Ketika proses pendaftaran beliau mengerjakan umrah, Sajat mengemukakan dokumennya sebagai seorang lelaki dan tidak pernah memberitahu dirinya itu adalah seorang khunsa.

 

Sumber : Google

Sebaliknya, ketika tiba di tanah suci Makkah, Sajat bagaimanapun telah memaklumkan kepada mutawwif yang dirinya itu adalah seorang khunsa.

Sajat diminta membuat permohonan maaf

Manakala surat mahkamah yang dikatakan ada padanya itu tidak pernah dimaklumkan kepada pihak Albayt Travel.

“Pihak Konsulat Malaysia Jeddah sudah menghubunginya sebelum dia mendakwa memiliki surat dari mahkamah menyatakan dirinya seorang khunsa

“Kami sudah meminta Sajat membuat permohonan maaf semalam dan memadamkan semua gambar serta video di laman sosialnya. Dan dinasihatkan supaya beliau terus menjadi lelaki sepanjang berada di Tanah Suci” Katanya.

Sajat tidak ditahan 

Jurucakap berkenaan juga menjelaskan Nur Sajat masih berada di Tanah Suci kerana sebelum ini beliau sudah menziarah Madinah dan hari ini mutawiff membawanya bersama rombongan ziarah di Makkah. 

” Kami ada menyemak tiket penerbangan kemungkinan belaiu ada membeli tiket penerbangan pulang namun sebaliknya. Dan, kami juga sudah bertemu wakil Wisma Putra dan setakat ini pihak kami sama sekali menafikan bahawa Sajat ditahan pihak berkuasa di sana” Jelasnya.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Hiburan Wed, 28 Jun 2023
Featured Thu, 7 Sep 2023
Trending Thu, 2 Jul 2020

Anak Bawah Umur 18 Tahun Layak Dapat BSH RM480, Ini Syaratnya…

Semoga BSH ini dapat meringankan beban. Alhamdulillah

Trending Wed, 9 Oct 2019
Hiburan Tue, 24 Aug 2021

“Baru Je Empat Tahun…” – Jawab Soalan Mengenai Jodoh, Hawa Rizwana Beri Fokus Terhadap….

Personaliti TV3 yang kini bergelar penyampai Buletin FM, Hawa Rizwana Ahmad Redzuan selesa untuk memberikan fokus terhadap kerjayanya. Belum terfikir soal jodoh, Hawa yang muncul di kaca televisyen semenjak 2017 mengakui dirinya masih baru dalam […]

Hiburan Wed, 12 Apr 2023