Konflik yang melanda penceraian antara Sultan Kelantan dan Rihana Petra semakin heboh diperkatakan dan terus menjadi teka teki netizen di laman sosial.

Pada mulanya status penceraian diragui sebelum akhirnya sah bercerai, terbaru timbul pula isu status anak mereka Tengku Ismail Leon Petra yang dikatakan bukan anak kandung Sultan Muhammad.

Tiada bukti kukuh bayi itu anak Sultan Kelantan

Menurut satu kenyataan yang dikeluarkan oleh pihak peguam Sultan Muhammad, tidak ada bukti kukuh yang menunjukkan bahawa Sultan Muhammad merupakan bapa kandung sebenar kepada Tengku Ismail Leon Petra.

Menurut Straits Times, Koh Tien Hua dipertik berkata bahawa “Tiada bukti kukuh yang menunjukkan baginda adalah bapa biologi anak tersebut,”

Rihana Petra diceraikan dengan talak tiga oleh Sultan Muhammad pada 22 Jun lalu, penceraian mereka disahkan dan diluluskan oleh Mahkamah Syariah. 

Netizen komen isu ujian DNA Di Twitter

Berikutan perkara itu, rata-rata netizen di laman Twitter mempertikaikan isu tersebut dengan mengatakan bahawa ujian DNA seharusnya dilakukan terlebih dahulu sebelum mengeluarkan kenyataan rasmi. 

 

 

Terdahulu, Sultan Muhammad dan Rihana Petra dikhabarkan pernah mengunjungi sebuah klinik kesuburan di German sejurus selepas mereka berkahwin.