Trending By: Attiqah Mohd July 16, 2019 @ 9:33pm

Tular Lelaki Menderita Disimbah Asid Sehingga Cacat Tetapi Suspek Masih Bebas..

Seorang lelaki dikenali dengan nama Muhammad Fauzi Bin Adam, 41 tahun yang disimbah asid sehingga mengalami kecacatan menuntut bela agar keadilan untuknya dapat ditegakkan.

Disimbah asid sehingga mengalami kecacatan 80 peratus, penglihatan terjejas dan putus urat pergelangan tangan 

Menurut Muhammad Fauzi, kejadian itu berlaku setahun yang lalu. Mangsa dipercayai sedang menaiki motosikal apabila disimbah asid oleh seorang lelaki yang juga jiran mangsa di Alor Setar, Kedah. Perbuatan khianat itu dilakukan berikutan suspek yang meminjam tanah milik mangsa enggan mengembalikannya semula. Kejamnya! ishh dah la pinjam tanah orang lepastu simbah asid lagi..

Akibat daripada kejadian itu, Muhammad Fauzi mengalami  80 peratus kecacatan badan dan menyebabkan kecederaan kekal iaitu terjejas penglihatan mata dan putus urat pergelangan tangannya, muka dan separuh badan mangsa juga hampir lumpuh. Malah, lelaki itu juga tidak dapat melakukan tugasan seharian. 

Berikutan kejadian itu, Muhammad Fauzi ditahan di wad selama satu bulan tiga hari, kos tanggungan rawatannya juga dibayar oleh mangsa sendiri. Muhammad Fauzi mempunyai seorang isteri dan seorang anak berusia 7 bulan hasil perkahwinannya.

Suspek sepatunya dipenjara 10 tahun tetapi hanya direman 3 kali dan dibebaskan 

Suspek dikenali dengan nama Ahmad Dali dipercayai telah diremen hanya sebanyak 3 kali namun dilepaskan oleh pihak polis kerana faktor usianya yang berusia lewat 60 an. Suspek merupakan jiran mangsa dan hanya tinggal berdekatan dengan rumahnya. 

Menurut undang-undang, suspek seharusnya dipenjara lebih 10 tahun di bawah seksyen 326 kanun keseksaan mahkamah seksyen kerana dengan sengaja mendatangkan kecederaan parah namun suspek hanya dibebaskan

Suspek bawa senapang berkeliaran di sekitar kampung

Kejadian ini berlaku sekitar November tahun lalu namun tiada sebarang berita daripada pendakwaraya sehingga kini. Suspek turut membawa senapang malah perintah larangan keluar untuk suspek juga tidak ada menyebabkan suspek bebas keluar sekitar kampung. Ish bahayanya!

Pihak pendakwa raya juga tidak mengeluarkan sebarang kenyataan berhubung kes ini walaupun selepas setahun. Kami di Xtra mengharapkan agar suspek di bawa ke muka pengadilan dan pihak berkuasa mengambil tindakan mengenai kes ini!

 

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Hiburan Wed, 11 Aug 2021

“Marah Memang Marah, Tapi..” – Shuib Ulas Isu Influencer Tak Sensitif Jadikan Pemergian Siti Sarah Sebagai Content YouTube

Pelawak Shuib mengakui dirinya hilang kata-kata untuk mengulas isu seorang selebriti media sosial yang menziarahi pusara Allahyarham Siti Sarah dan menjadikan ia sebagai kandungan di laman YouTube. Menurut Shuib, semua pihak seharusnya ada sensitiviti yang […]

Featured Wed, 22 Jun 2022
Trending Wed, 14 Jul 2021

Media Prima Omnia Perkenal Pakej #KitaMalaysia, Tawar Nilai Media Sehingga RM1 Juta Untuk Usahawan SME

Pandemik Covid-19 yang melanda hampir dua tahun bukan sahaja membahayakan kesihatan, malah ia memberikan impak terhadap pelbagai industri di serata dunia. Industri perniagaan turut terjejas, malah ia memberikan kesan buruk terhadap perusahaan kecil dan sederhana […]