Trending By: SGMS Enal May 19, 2018 @ 10:15am

Netizen Terpukau Ucapan Tahniah Duta Perancis Dalam Bahasa Melayu

Pelantikan Tun Dr. Mahathir Mohamad sebagai perdana menteri Malaysia ketujuh terus dihujani dengan ucapan tahniah daripada pemimpin-pemimpin besar dunia termasuklah Duta Besar Perancis ke Malaysia, Frederic Laplanche.

Yang menariknya, video ucapan tahniah Frederic itu disampaikan dalam bahasa Melayu sekali gus mendapat pujian daripada netizen Malaysia.

Rata-rata netizen memberikan komen terhadap tutur kata Frederic yang tidak kekok berbahasa Melayu malah tidak kedengaran pelat dan gaya percakapannya sama seperti orang Melayu.

“Saya ingin mengucapkan tahniah pada warganegara Malaysia atas perubahan pada Pilihan Raya Umum ke-14 dan tahniah pada Tun Dr Mahathir di atas pelantikan sebagai Perdana Menteri Malaysia,” katanya.

Beliau turut menyatakan kerajaan Perancis bersedia bekerjasama dengan kerajaan baru dalam semua bidang.

Selain ucapan tahniah kepada perdana menteri, Frederic turut meluahkan perasaan gembira menyaksikan pembebasan Datuk Seri Anwar Ibrahim yang mana memaparkan proses demokrasi di negara ini yang berjalan dengan lancar dan aman makmur.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Hiburan Tue, 11 Apr 2023
Trending Fri, 9 Feb 2018

‘Saya Tidak Campak, Tapi Saya Lukis’ – Dikecam Kerana Dessert Shell Out, Ini Penjelasan Dato’ Fazley Yaacob

Dunia seni kulinari Malaysia kini mencipta evolusi baru apabila Juara Masterchef Selebriti Malaysia 2012, Dato’ Fazley Yaakob tampil dengan idea unik dan kreatif, ‘Sweet Table’ untuk penggemar dessert.

Hiburan Thu, 25 Aug 2022

“Itu Bukan Saya” – Josiah Hogan Jadi Mangsa Scammer

Bahaya betul.. nasib baik tak sempat, kalau tak habis kena tipu.

Featured Mon, 1 Apr 2024
Events Thu, 24 Nov 2022

Rabbani Bakal Adakan Konsert Rai 25 Tahun Perjalanan Dalam Industri

Kumpulan nasyid Rabbani yang terkenal dengan lagu-lagu dakwah dan masih kekal relevan sehingga kini akan menemui peminatnya di Konsert 25 Tahun Rabbani bertempat di Stadium Tertutup Majlis Bandaraya Pasir Gudang, Johor. Kelainan yang akan dibawa […]

Trending Tue, 31 Mar 2020