Trending By: SGMS Enal November 15, 2019 @ 1:17pm

24 Maut Akibat Dipanah Petir Di Selatan Pakistan

Sekurang-kurangnya 24 orang maut dan dua lagi cedera akibat dipanah petir dalam kejadian berasingan di wilayah Sindh selatan Pakistan dalam tempoh 24 jam, lapor agensi berita Xinhua memetik media tempatan pada Jumaat.

Menurut laporan, sekurang-kurangnya 21 orang terbunuh di  beberapa daerah di Tharparkar Sindh, empat wanita dan tiga kanak-kanak antara yang maut.

Dua lagi terbunuh di daerah Jacobabad di Sindh sementara seorang lelaki maut di daerah Ghotki.

Mangsa yang cedera dihantar ke beberapa buah hospital majoritinya mengalami lecur yang teruk.

Puluhan haiwan juga mati dalam kejadian ribut petir diikuti dengan hujan lebat itu.

Jabatan Meteorologi Pakistan (PMD) dalam satu kenyataan pada Khamis petang berkata hujan dan ribut petir melanda kawasan rendah dan dijangka berlarutan sehingga Sabtu.

Sumber: Bernama & gambar Courier Journal

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Trending Thu, 17 Sep 2020

Arab Saudi Buka Sempadan 1 Januari 2021, Tempahan Umrah Boleh Dilakukan Mulai Sekarang

Berita terkini buat rakyat Malaysia yang ingin melakukan ibadah umrah..

Trending Thu, 8 Mar 2018

Ku sangkakan kucing, bayi rupa-rupanya!

Tetapi semalam terdetik dalam hati saya meletakkan motosikal di hadapan surau dan ketika itulah, bayi berkenaan dijumpai…

Hiburan Fri, 23 Jun 2023
Trending Fri, 25 Dec 2020
Trending Wed, 5 Aug 2020