2. Buah Mengkudu
Buah mengkudu banyak dimanfaatkan sebagai bahan utama perbuatan moden mahupun tradisional. Hanya dengan memotong buah mengkudu yang tidak terlalu muda dan tidak masak, kemudian letakkan dipenjuru atau disekitar kawasan laluan tikus sebagai penghalang mereka untuk masuk kedalam rumah.
3. Daun Pudina
Seperti mengkudu, daun pudina juga mempunyai banyak manfaatnya kepada kesihatan dan sebagai ramuan didalam masakan. Aromanya yang segar sebenarnya mengancam tikus. Untuk menghalang mereka, penyediaannya agak sedikit rumit. Tumbuk atau kisar daun pudina sehingga halus, campurkan dengan air dan tapis. Masukkan tapisan daun pudina kedalam penyembur dan sembur sekeliling rumah atau kawasan yang berpotensi menjadi laluan tikus.