Trending By: SGMS Enal July 25, 2019 @ 11:46am

4 Tabiat Ibu Bapa Yang Boleh Menghalang Kreativiti Anak-Anak

Kreativiti bermaksud kebolehan mencipta daya kreatif. Dunia moden hari ini, kreativiti sangat penting untuk meneroka pelbagai penemuan dan inovasi. Boleh dikatakan, kreativiti menjadi modal awal kanak-kanak untuk menjadi insan yang berguna di masa akan datang.

Pada dasarnya, setiap anak terlahir dengan perasaan ingin tahu dan keinginan untuk meneroka. Sayangnya, dalam perjalanan usaha mengasuh anak, ibu bapa sering melakukan perkara atau tabiat yang sebenarnya boleh menghalang kreativiti anak.

Antara tabiat yang biasa dilakukan ialah

1. Memarahi Anak

Tidak selamanya anak bersikap menyenangkan. Ada juga masa dia melakukan kesalahan atau menjengkelkan. Dalam menghadapi situasi ini, ibu bapa selalu hilang kawalan dan tentunya akan memarahi anak.

2. Melarang dan menakutkan anak

Sering melarang dan menakutkan anak boleh membuatkan mereka takut ambil risiko, sama halnya dengan dimarahi. Anak akan cenderung pasif kerana bimbang dengan perkara negatif yang akan disampaikan oleh ibu bapa.

3. Selalu mengikuti anak

Kreativiti anak akan berkembang ketika mereka ditinggalkan untuk melakukan eksplorasi sendiri dan belajar melalui kesilapan yang dilakukan. Cukup dengan mengawasi anak ketika dia bermain sendiri dan biarkan dia berkembang mengikut imaginasinya.

4. Membuat jadual aktiviti yang sibuk

Jika anak itu meminati sesuatu, sebagai ibu bapa, anda wajib untuk menyokongnya. Tapi jika kegiatan luar sudah terlalu padat hingga anak menjadi sangat penat dan kehilangan waktu untuk bermain, anda harus membuat penilaian kembali.

Jadi, jika anda mahu anak anda menjadi pintar, aktif dan penuh dengan kreativiti, hentikan tabiat di atas. . Biarkan anak anda menjadi diri sendiri dan mengembangkan potensi mereka. Pantau dan berikan contoh yang baik kepada anak anda.

Sumber: KlikDokter

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Selebriti Mon, 25 Sep 2023
Trending Mon, 28 May 2018

Warga Sibu, Jangan Panik!

Sumber memberitahu, suspek baharu pulang dari sebuah negara Afrika dan secara tiba-tiba pengsan di sebuah pasar raya pada Ahad.

Events Sun, 11 Sep 2022

Netizen Sindir Nabil Ahmad Gara-Gara Pergi Konsert Dewa 19

Haa dah kenapa pulak ni sindir-sindir?

Trending Tue, 4 Feb 2020

[FOTO] Stylo Habis! Lihat Potret BTS Dan TXT Sempena Sambutan Ulang Tahun Agensi Ke-15

Bukan senang nak tengok interaksi Senior dan Junior macam ni!

Trending Thu, 15 Apr 2021

Sanggup Redah Hujan, Ebit Lew Turun Padang Bantu Peniaga Bazar Ramadan

Semoga Ustaz Ebit Lew juga dimurahkan rezeki

Trending Mon, 21 Dec 2020