Susulan wabak Coronavirus, Yang di-Pertuan Agong dan Raja Permaisuri, dilaporkan menjalani proses kuarantin diri selama 14 hari bermula semalam, perkara itu disahkan oleh Datuk Pengelola Bijaya Diraja, Datuk Ahmad Fadil Shamsuddin selepas tujuh petugas Istana Negara dipercayai positif COVID-19.
Ujian saringan negatif, tetap ambil langkah berjaga-jaga jalani proses kuarantin
Walaupun, telah menjalani ujian saringan kesihatan dan pengesanan COVID-19 dan disahkan negatif, kedua-dua pasangan diraja itu mengambil langkah berjaga-jaga dengan menjalani tempoh kuarantin.
Para petugas Istana Negara yang dikesan positif COVID-19 kini berada dalam keadaan stabil dan dipercayai sedang menjalani rawatan di Hospital Kuala Lumpur (HKL) sejak Selasa lalu. KKM masih mengenal pasti punca jangkitan yang berlaku.
Menerusi laporan yang dikeluarkan Berita Harian, susulan kejadian itu, Al-Sultan Abdullah telah membatalkan pertemuan bersama Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin untuk mesyuarat mingguan Pra-Kabinet yang dijadualkan semalam dan sesi-sesi berikutnya sehingga situasi pandemik COVID-19 pulih.
Dalam perkembangan lain, seramai 80 orang anggota kesihatan KKM kini dijangkiti COVID-19
Seramai 80 anggota kesihatan KKM dijangkiti #COVID2019 iaitu:
1. Hosp. Teluk Intan (39)
2. Hosp. Selayang (5)
3. HRPZ ll, Kota Bahru (4)
4. Hosp. Seri Manjung (3)
5. HTJ Seremban (3)
6. Hosp Shah Alam (2)Manakala 24 fasiliti kesihatan lain dengan masing-masing 1 kes.
— KKMPutrajaya (@KKMPutrajaya) March 26, 2020
Sumber: Berita Harian, KKM Putrajaya