Trending By: SGMS Faida March 24, 2018 @ 5:27am

Akhirnya…Datin Dera Amah Setuju Ke Mahkamah

Berikutan kes dera pembantu rumah pada 2016, polis sudah menemui suri rumah bergelar Datin yang gagal hadir ke mahkamah beberapa hari lalu. 

Memetik laporan New Straits Times, Ketua Polis Selangor, Datuk Mazlan Mansor berkata, mereka berjaya mengesan Datin Rozita Mohd Ali, 44.

“Usaha mengesan beliau bermula selepas kami terima notis dari mahkamah. Dia sudah setuju untuk hadir di mahkamah.

“Jangan tanya bila dia akan hadir di mahkamah. Harap ia akan berlaku dalam masa terdekat,” katanya kepada akhbar itu.

Bagaimanapun, Mazlan tidak mendedahkan di mana polis menemui Rozita atau kedudukan terkininya.
Pada 15 Mac lalu, Rozita diikat jamin selama 5 tahun dengan bon sebanyak RM5,000 oleh hakim Mahkamah Sesyen, Mohammed Mokhzani Mokhtar, selepas dia menukar pengakuan kepada mengaku bersalah kerana menyebabkan kecederaan teruk ke atas pekerja domestik Indonesia, Suyanti Sutrinso.

Pihak pendakwaan memohon hukuman penjara setimpal berdasarkan tahap keseriusan jenayah itu.
Kes itu mencetuskan kemarahan ramai kerana wanita itu terlepas daripada hukuman penjara, dengan peguam berkata hakim bersikap lembut terhadap tertuduh.

Rabu lalu, polis melancarkan gerakan mengesannya selepas wanita itu dan penjaminnya gagal hadir di mahkamah untuk semakan semula hukuman.

Timbalan pendakwa raya, Muhamad Iskandar Ahmad memberitahu mahkamah, polis gagal mengesan Rozita di alamat terakhirnya di Kuala Lumpur dan Melaka.

Iskandar yang juga ketua pendakwa raya Selangor berkata, polis juga gagal mengesan penjamin Rozita, yang dipercayai merupakan anggota Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) di Subang, tetapi kuarters lelaki itu kosong.

Hakim Datuk Seri Tun Abd Majid Tun Hamzah menetapkan 29 Mac ini untuk mendengar permohonan pendakwa.

Klip video Suyanti yang cedera parah dan terbaring berhampiran longkang di kawasan perumahan Mutiara Damansara tersebar pada Disember 2016.

Menurut laporan, Rozita didakwa menggunakan pisau dapur, penyangkut baju, mop besi dan payung untuk mencederakan kepala, tangan, kaki dan organ dalaman Suyanti.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Trending Tue, 24 Apr 2018

Dia Petik Nama Saya – Ini Sebab Kenapa Che Ta Serang Kak Zai

Che Ta marahkan Kak Zai kerana bersebab. Apa agaknya ya?

Featured Fri, 21 Oct 2022

[VIDEO] Pertama Kali Beli Mainan Happy Meal, Aksi Catriona Ross Ambil Order Dalam Dialek Kelantan Cuit Hati Ramai!

Best kan mainan baru Happy Meals McD ni? Min terhibur tengok gelagat Catriona jadi staf drive-thru McD 🤣🤣🤣

Hiburan Sun, 31 Jul 2022
Featured Wed, 20 Sep 2023

Handal Dalam Bidang Muzik & Masakan, Sid Murshid Tak Syok Sendiri

Power lah Sis! Semua dia boleh🙌🙌🙌

Hiburan Mon, 18 Mar 2024
Featured Thu, 30 Dec 2021

“Satu Tugas Yang Amat Besar” – Anzalna Sebak Jadi ‘Pengganti’ Siti Sarah

Jenama tudung milik Allahyarham Siti Sarah, Loveta bakal menampilkan pelakon Anzalna Nasir selaku wajah baharu bagi koleksi yang bakal muncul pada Januari ini. Anzalna yang baru sahaja berhijab September lalu menerusi hantaran Instagram miliknya berkata, […]

Featured Fri, 26 Aug 2022

Gara-Gara Nak ‘Cancel’ Fazura, Individu Ini Dikecam Netizen

Alamak, ni apa kes? Tak ada angin tak ada ribut, kenapa individu ni sampai nak cancelled Fazura? Sendiri cari penyakit, kan dah kena kecam 😌

Featured Tue, 2 Mar 2021

Pergerakan Rentas Daerah Kecuali Di Sabah Dibenarkan Mulai…

Dalam sidang media Majlis Keselamtan Negeri hari ini, Menteri Kanan Keselamatan Datuk Seri Ismail Sabri mengumumkan pergerakan rentas daerah  dibenarkan mulai 5 Mac ini kecuali di Sabah. Manakala bagi Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) di 4 […]